Monday, December 24, 2012

Banjir di Kuantan

Masuk dalam berita tadi, Kuantan lumpuh dilanda banjir. Ye, selama 7 tahun aku duduk kat kuantan ni rasanya ni banjir yang paling teruk aku pernah tengok, sebelum tu tak tau pulak.

Hampir keseluruhan bandar kuantan ditenggelami ayo, tapi kejap je, dah namanya pun banjir kilat. Bayangkan hujan dari pagi semalam tak berhenti2, lebih 48jam. Ada masanya lebat gile. Petang tadi lebih kurang pukul 4  kami keluar ke bandar, cari pasal. Yelah kalau ter'stuck' dalam banjir memang sengaja cari pasal la kan. Rasa berkulat ok duduk dalam rumah tak keluar2 dari semalam. Dah ate ke nak kemana hujan lebat. Petang tadi sebelum semua tumbuh kulat keluar la jugak..cari makan musim hujan, semua benda nampak sedap.

Pergi ke tunas manja, top up stok makanan. Dalam tengah aku memilih barang, tiba2 ada budak lelaki tu slow je cakap kat aku

'mama..ada ke kat sini maggi asam laksa?'




Haha.. nak tergelak jap, kesan tengok Istanbul la ni, tak habis lagi..kimi..kimi..Tapi yang kelakarnya, anak baru tanya, tapi bapaknya pulak yang laju je capai letak dalam troli, buat muka kerang busuk. Ni pengaruh Istanbul ke..atau memang tengah kebulur..?? Hahaha..tepuk dada tanya perut!

Malam ni hujan alhamdulillah dah makin slow, kalau tak risau jugak kami. Macam yang pernah aku story dulu2..kalau hujan lebat rumah aku ni akan automatik macam kat tepi air terjun. Air masuk dalam pagar mencurah2..


Pictures this morning.

Masa hujan tengah lebat gile.

 Kat garage..awww..kaki siapakah itu? tak seksi langsung nyah..dah pencen ke nyah??:-p
Oh ya selipar2 kat depan pintu ni kalau lambat diselamatkan, memang habis hanyut ntah ke mana, jatuh ke longkang besar kut.
 Kat tepi rumah


 Kebun aku yang dah ala2 tu pun tenggelam..


Alhamdulillah setakat ni air tak pernah lagi sampai masuk ke rumah, mudah2an takde la sampai gitu. Kalau tak ada nanti gambar budak berdua ni terlompat2 suka sebab dapat masuk berita tv..'mangsa2 banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir'...makpaknya NANGIS!


2 comments:

erdanisa said...

Mlm td pn cari maggi asam laksa kt tunas manja im.. xde la pulok.. haiii lisa surihani niiiii

LINA said...

hahaha..kuat betul pengaruh Dian