Sunday, May 27, 2012

Kenduri kawin Lina (bukan aku)

Entry yang banyak gambar.

Sekarang ni kami berada kat shah alam menghadiri majlis kenduri kahwin cousin mizan, kira cousin aku la jugak, tapi kira cousin bersebab, ada ke gitu? sebabnya aku kawin dengan mizan, kalau tak takde kena mengena pun. Saje je nak mengcomplicatedkan keadaan..

Majlis akad nikah buat kat rumah depa kat subang permai. Majlis resepsinya kat wisma PKPS shah alam. Bapak pengantin ni somebody la jugak..

Malas nak cerita panjang, tengok gambar je senang..

Hantaran, takdenya nak gubah sendiri, satu hantaran upah gubah rm200, 9 hantaran, orang berduhet ni lain kan, kalau aku rasa sayangnya, takat letak riben2, pastu letak bunga hidup..bukan payah pun..cuuuuutttt..ce ko cuba buat sendiri jadi ke dok..hahaha ni cakap orang tak berapa nak berduhet sangat. Truly simple tapi cantik..

 Pengantin lelaki tengah dengar ceramah dari tok kadi..ntah dia dengar ke tak tu. Bapak pengantin perempuan yang nikakan  sendiri.
 Pengantin perempuan, lain mukanya lepas dimekap, nampak macam garang sikit.

 Majlis diaorang ni simple je tapi cantik la..
 Sesudah majlis, budak baju biru tu tudung ntah ke mana, sibuk ke makan je. Letih sangat kununnya lepas bertreadmill kat belakang, berpeluh2, dengan toksu
 Bukan saje set gambar macam ni, tak perasan kimi yang tukar. Ni masa majlis resepsinya.
 Nampak tak budak tudung coklat kat sebelah aku tu, kejenya makan je
 Dari bangun tidur..ke wisma PKPS ni mengunyah je kejenya..dah la tu banyak sweets kat situ, kenduri la dia

 Pelamin, aku tak makan kat dalam dewan pun, malas nak bersesak, kat luar pun sama jugak makanannya.

 Ni biasalah bila kenduri, jumpa sedara mara

 Bersandingnya pukul 130. Simple je baju pengantin but still nice

 Hana yang tak reti dok diam, nak tido tapi bising..last2 pukul 4 baru tertidu sebab dah mengantuk sangat2, tima kasih moksu bagi pinjam TnT..




 Lastly dapat jugak bergambar dengan pengantin..silalah telengkan kepala.

Malam ni majlis untuk vip pulak, buat kat kelab golf mana ntah..lupa pulak. Kami tak pergi dah, sebab hari ni dah nak balik ke kuantan dah..kalau boleh pergi pun memang tak perginya sebab hanya untuk couple sahaja..abih yang 3 lagi tu letak mana kan..

Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari ibu..

Bila budak gila jet buat kad sempena hari ibu lagi.
Tahun lepas kad yang dia buat ada jet, tahun ni pun
 sama..

Tak tau sampai bila agaknya lukisan dia sentiasa kena ada jet dan yang seangkatannyalah, kalau lukisan dia dalam kelas pun boleh dikatakan mesti nak kena selitkan benda tu.

 Tahun ni lebih meriah sikit kad dia, macam2 benda ada.

Pertama kad dalam bahasa Malaysia,untuk subjek bm la tu..ada kapal selam,ada shark la, tak romantik langsung kimi ni..
Gambar duit kat bawah tu nilainya 0, maknanya kasih sayang ibu tu tak ternilai harganya, pastu ada burger sebab dia suka makan burger, yang lain tu imaginasi dia je la..ufo dengan robotnya
 
Untuk subject BI, gambar mama pergi main salji sorang2..yang lain semua tinggal
 Last sekali baru ada gambar one whole family..kelako la kimi gambar abah naik motor, macam gegancung..
Ok tu sahaja cerita dari kimi..

Untuk mak dan makmertua(macam diaorang baca blog ni) Selamat Hari Ibu..sayang selamanya.

Sunday, May 13, 2012

Kuih bakar/kemboja

Dah 3 kali buat kuih ni. Resepi ambik kat blog intanberlian, doktor gigi(malas pulak buat link, kalau taip blog intanberlian memang adanya). Tq..

Yang boleh terajin nak buat kuih ni sebab kuih ni feberet kimi n hani, aku pun suka la jugak. Sebenarnya makmertua dah bape kali ajar..tapi bila dengar dia cerita tu macam dengar gitu jelah, rasa macam payah je. Dia siap bagikan acu yang bentuk bunga tu lagi..tapinya dok sekong dalam kabinet jela. Tak berusik pun..haha tu namanya menantu bertuahlah sangat.

Jumpa resepi ni kat blog intanberlian secara kebetulan je..sekali bila tengok bahan dan cara nak buat dia, la...senang yang amat. Betul memang senang dan menjadi dan sedap. yelah consider menjadi dan sedap la untuk firstimer macam aku ni, sebab budak berdua tu suka sangat dan tak abih2 cakap sedap.

1st time buat memang 100% ikut resepi dia. Menjadi..lembut je kuihnya.

Resepinya:

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 1/4 santan
1 cawan air pandan(dari 12 helai daun pandan or guna perisa pandan pun ok)
3 biji telur
2 sudu butter/ mentega
secubit garam

Cara:

Masuk semua bahan dalam blender or mixer, macam aku guna blender je sbb takde mixer.
Loyang sapukan dengan minyak dan panaskan sebentar dalam oven, bila dah panas baru isi bahan dan bakar sampai masak. Untuk lebih detail tengok kat blog asal.

Semalam buat ada adjust2 sikit..sebenarnya aku suka kuih ni yang keras sikit dan hangus sikit, aku taruk je 2 sudu tepung ubi, main hentam je tu, kunun nak taruk tepung kastad ke..tapi dah stok takde taruk je la apa yang ada. Santan jadikan 2 1/2 cawan.

Dan hasilnya, inilah rupanya, menjadi seperti yang aku nak. Bakar dalam sejam jugak kut, sebab nampak macam tak hangus aku pusing je timer.

 Buat tengahari, petang dah licin. Lastnya sampai berebut sekali budak berdua tu. Hishh2..anak sape la tu..takleh bawak majlis betul la.
Kunun buat kali ni nak ajak mokde datang semalam test, pastu nak bagi makmertua sikit..tapinya tak dapat la. Semula.

Wednesday, May 2, 2012

Makin lasak

Sebulan lebih dah tak terupdate..

Makin lama tak update ni makin takde apa yang nak dimerepekkan. Sebenarnya banyak jugak benda nak dituliskan, tapi nak memulakan tu, mak aiii...last2 lupa seme benda nak cerita. Semenjak jadi surarumah ni rasanya otak makin tumpul, yelah membaca jaraaaang2 sekali, kalau membaca pun buku teks atau buku aktiviti darjah 1..tu boleh la dikatakan hari2, tahun depan darjah 2 pulak..gitu jelah.

Kalau tengok s/kabar pun bace tajuk je, teruk betul la. Tengok tv? hahaha cerita korea tu wajib la..tak 391..393, pastu numpang la tengok sekali katun2 budak ni. Memang tak berkembang la otak kalau gitu gayenya..haisshh

Ok la nak cerita pasal budak lasak ni, sebulan terskip pasal dia. Sekarang dia dah 7 bulan setengah lebih kurang, 13hb ni 8 bulan. kejap je kan. Rasa macam nak je lagi sorang..aikk..eh silap cakap, tak dah kut..tak daye weh dah tua. Tapi kalau Allah nak bagi siapa yang boleh halang kan?

Sekarang dah terer sangat berdiri kat sofa ke..rak tv ke. Mula merangkak masa 6 bulan lebih.
 Gigi dah ada 4 batang, 2 atas 2 bawah. Lasak sangat sebab abang dengan kakaknya memang biasa main lasak dengan dia ni, dia pulak tak menangis, rilek je, kita ni pulak yang terjerit2 marah takut adik tu sakit.
 Memang tak reti dok diam langsung..agaknya gabungan abang n kakaknya. Seme benda nak capai, nak tarik. Telefon rumah dah berapa kali jatuh dah, rasanya tak lama lagi lerai gitu je buat dek budak ni. Kalau nampak mama lipat baju laju je datang nak kucar.
Macam2 lagi la perangainya sekarang ni, letih la nak cerita banyak sangat..haha. Zzzzzzzz..

Tuesday, March 20, 2012

Macam2 hana

Skill terbaru hana.

Dah pandai nak cuba2 berdiri kat rak tv, berdiri dengan lutut la. Pastu berani sangat pegang sebelah tangan je. Berlagak macam dah besar sangat. Kalau takde orang kat belakang tengok lama dah terlentang tersungkurnya tu.
Ni skill dah lama sikit, angkat punggung setinggi yang boleh. Silap2 gaya boleh tersungkur tu.Tak sedar diri tu merangkak pun baru setapak dua. Memang dah tak boleh tinggal dia sekarang ni. Langsung tak duduk diam. Lagi laju dari abang n kakaknya.
Oppss.. kakak yang suka sangat inteprem

Thursday, March 15, 2012

Hana 6 bulan

Dah 6 bulan ni makin banyak skill baru. Dah laju sangat, dah boleh merata peginya. Dah pandai suap benda dalam mulut, especially kertas. Kalau nampak abangnya buat homework suka sangat, sebab banyak buku2 bersepah. Memang dah tak boleh nak tinggal sangat. Dah start nak merangkak, boleh la lepas setapak. Tido dalam buai boleh berpusing 360 darjah. Lasak hana ni, laju je dia ni. Nak cepat je. Camne la dia dia tak jadi laju je..masa ngandungkan dia aku ni boleh dia katakan hari2 jeritkan kimi suruh cepat buat itu ini, dan aku pun buat benda rasa nak cepat je.

Berat dia semalam timbang tak banyak jugak naiknya, rasa macam berasa sangat dukung dia. Ingat dah 8kg..rupanya baru 7.5kg. Nyusu kuat makan bubur nasi pun ok 2x sehari, tapi sikit jugak naiknya. Aku rasa la mungkin sebab dia minum susu Isomil sebab tu badan dia lambat naik, susu soya tak manis tak lemak sangat. Aku agak je, tak tau la ye tak. Semalam nurse kat klinik tu cakap kalau nak badan dia cepat naik letak planta atau butter sikit kat dalam nasi dia. Ok nanti boleh try. Tapi jangan over plk naik sudah le..


Dengan kakak yg sayang sangat kat dia tapi suka sangat buli dia
Ntah apa style kakak posing..dengan senyum sengetnya, kakak pun timbang semalam, 18kg
Cubaan untuk merangkak

Wednesday, March 14, 2012

Majlis penyampaian hadiahnya..

Sambungan dari cerita intro...eceh macam best sangat cerita siap ada intro bagai. Saje buat gitu nak bagi cerita tu nampak panjang..padahal..

Kesinambungan cerita dari surat kafa kimi tu, sebenarnya dia dapat nombor 4 je dalam kelas..kecewa la jugak sikit mama kan, sebab menurun, masa 5 tahun no. 2. Tapi nak buat camne dah itulah yang terbaik yang dia boleh buat, mama nak ajar apa2 kat rumah pun tak tau nak ajar apa..sebab kafa dia masa 5&6 tahun takde bawak balik buku atau pun kena buat homework ke apa kat rumah, semua tinggal kat kelas. Masa 7 tahun ni barulah ada bawak balik buku.

Pasal majlis penyampaian hadiah tu dia dapat hadiah untuk:
Senget2 kopiahnya..tak sabo2 dah nak ngambik hadiah. 


Ok la tu, boleh la untuk bagi dia lebih semangat pegi kafa tahun ni. Tahun ni kelas dia lagi ramai, kawan2 dia yang terer2 semua dah kafa sekali..lagi la mama risau, saingan lagi banyak. Kimi ni kepala dia lebih banyak ingat nak main je. Kalau tak hari2 kena paksa ke kafa tak tau lah camne, walau pun ni dah tahun ke3 dia ke kafa. Bukan tak kesian tengok dia balik sekolah terkejar2 nak ke kafa, kadang sampai rumah dah 245, kafa masuk kelas 245, kadang makan nasi pun tak sempat. Makan roti je, mujur la kimi ni perut dia bukan perut nasi sangat, tak kisah makan apa. Puas kena pasak la telinga dia, 'kimi..! cepat..!' Balik je kafa 545 salin2 baju terus keluar main, dekat pukul 7 baru balik, kadang 7 lebih, malam buat homework paling lambat sampai pukul 930 je, kalau suruh lagi buat ngamuk la ngantuk sangat dah. Gitu la rutin dia sekarang, dari bangun pagi 645 sampai 930 waktu tido.

Tahun ni aku tak pegi pun majlis penyampaian hadiahnya, payah nak kena bawak hana sekali. Takpe kat rumah pun aku boleh dengar apa yang berlaku kat majlis tu. Abah dengan hani je yang pegi.

Haha..kelakar hani pakai baju ni, macam orang ngandung 7 bulan pakai baju kurung, nape ntah posing macam malu2 je. Baju raya 2010, kalau kain dia lagi la macam barut nangka tang perut dia tu.

Ok tu je alkisahnya..panjang sikit cerita hari ni sebab kimi tido rumah neneknya, so takde gangguan, anak dara 2 orang tu tido lagi.