Disebabkan hari ni hari jumaat, maka takpelah homework buat lambat sikit. Esok pun takpe, suka sangat la dia.
Terus cari buku cari pen. Tekun terus.
Kimi : mama tengok kimi lukis ni..ni abah ular, ni mama ular, ni anak dia..(sambil tunjuk satu persatu pada aku), cantik tak?
Mama : cantiknya kimi lukis..
Kimi : ular kalau lapar dia suka makan orang mama
Mama : memanglah
Mama : (gelak jelah)
Mama : nape gajahnya kurus sangat? mana tanduk dia?
Kimi : nanti kimi buat semula..
Mama : ha barulah jadi..
Mama : cuba buat gambar tiger? kimi pandai tak?
Kimi : pandai..(terus buat)
Kimi : nilah tiger..tapi tiger ni tengah berak..
Mama : hahaha
Mama : gambar zirafah
Kimi : zirafah tu macamna?
Mama : yang leher dia panjang tu..
Kimi : ooo yang kepala dia sampai pokok tu ke?
Mama : ha..yang tulah, buat la cepat
Kimi : ni dah siap zirafah
Mama : (zirafah ke dinosour ni) cantik..
Kimi : (terus buat dengan tekun sambil hingus meleleh)
Kimi : ni kimi buat semut dengan anak dia..yang kecik tu
Mama : pandainya..
Kimi : ni shark dalam air
Mama : (tak takut langsung rupa shark ko kimi,macam ikan kembung je) ni pun cantik kimi buat
Kimi : kimi ni cerdik kan mama
Mama : cerdik..
Mama : cuba lukis gambar kumbang
Kimi : kumbang tu camne?
Mama : ala yang paktam takut tu..
Kimi : (cuba mengingat sesuatu) ooo...
Kimi : ni kumbang tengah nangis
Mama : nape kaki dia ada 2 je
Kimi : biarlah..
Ini adalah antara gambar yang boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan lukis...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ultraman
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ultraman
Macam2 dia punya imaginasi, kadang2 kami pun tak sangka. Itulah kan orang cakap, jangan underestimated budak2 ni.
3 comments:
photo yg x igt binatang hape tuh mukanya mcm menahan sakit perut nak cirit aje! kah3. Lukisan ultraman memang SUPERB!
eh, dinding baru ehh!
ultra man macam pondang
nanee: tu menatang telebih makan jeruk..tu pasal muka menahan cirit.
dinding tak sempat abih renovate pun ni, ikut mana dan je
Post a Comment