Friday, April 23, 2010

Sembang tengahari jumaat

Biasa kalau balik tadikanya memang aku terus tanya ada homework ke tak, wajib la ada hari2. Memang terus kena buat. Kalau dia dah malas nak siapkan barulah sambung buat malam dengan abahnya. Bukan senang nak suruh dia siapkan, ikut mood dia.

Disebabkan hari ni hari jumaat, maka takpelah homework buat lambat sikit. Esok pun takpe, suka sangat la dia.

Terus cari buku cari pen. Tekun terus.

Kimi : mama tengok kimi lukis ni..ni abah ular, ni mama ular, ni anak dia..(sambil tunjuk satu persatu pada aku), cantik tak?
Mama : cantiknya kimi lukis..
Kimi : ular kalau lapar dia suka makan orang mama
Mama : memanglah
Kimi : ni pulak ular main tolak2..ada one two three (sambil mark nombor untuk setiap ekor ular)
Mama : (gelak jelah)
Kimi : tengok kimi lukis gambar gajah pulak, cantik tak?
Mama : nape gajahnya kurus sangat? mana tanduk dia?
Kimi : nanti kimi buat semula..
Kimi : ni kimi dah buat gajah besar, cantik tak?
Mama : ha barulah jadi..

Kimi : pastu nak lukis apa lagi mama?
Mama : cuba buat gambar tiger? kimi pandai tak?
Kimi : pandai..(terus buat)
Kimi : nilah tiger..tapi tiger ni tengah berak..
Mama : hahaha
Kimi : lagi mama gambar apa?
Mama : gambar zirafah
Kimi : zirafah tu macamna?
Mama : yang leher dia panjang tu..
Kimi : ooo yang kepala dia sampai pokok tu ke?
Mama : ha..yang tulah, buat la cepat
Kimi : ni dah siap zirafah
Mama : (zirafah ke dinosour ni) cantik..
Mama : kimi lukis gambar semut pulat
Kimi : (terus buat dengan tekun sambil hingus meleleh)
Kimi : ni kimi buat semut dengan anak dia..yang kecik tu
Mama : pandainya..
Mama : (sebelum dia tanya baik aku suruh je) buat shark pulak..
Kimi : ni shark dalam air
Mama : (tak takut langsung rupa shark ko kimi,macam ikan kembung je) ni pun cantik kimi buat
Kimi : kimi ni cerdik kan mama
Mama : cerdik..
Ni aku dah lupa pulak gambar binatang apa
Kimi : lagi mama
Mama : cuba lukis gambar kumbang
Kimi : kumbang tu camne?
Mama : ala yang paktam takut tu..
Kimi : (cuba mengingat sesuatu) ooo...
Kimi : ni kumbang tengah nangis
Mama : nape kaki dia ada 2 je
Kimi : biarlah..
Dan

Ini adalah antara gambar yang boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan lukis...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ultraman
Haha jangan la gelak ye..ultraman pakai anting2, ultraman pondan nak pegi soping agaknya. Selain ultraman, lukisan wajib dia jet, kapalterbang, helikopter. Semua buku2 conteng mesti ada gambar2 tu.

Macam2 dia punya imaginasi, kadang2 kami pun tak sangka. Itulah kan orang cakap, jangan underestimated budak2 ni.

3 comments:

Qastalani® said...

photo yg x igt binatang hape tuh mukanya mcm menahan sakit perut nak cirit aje! kah3. Lukisan ultraman memang SUPERB!

eh, dinding baru ehh!

abah said...

ultra man macam pondang

LINA said...

nanee: tu menatang telebih makan jeruk..tu pasal muka menahan cirit.

dinding tak sempat abih renovate pun ni, ikut mana dan je