Thursday, April 22, 2010

Cubaan membuat karangan

Sekarang ni tugas harian aku dah agak senang sikit, tak perlu dah nak anta dan ambik kimi kat kelas kafanya. Dah boleh percaya dia pergi sendiri naik basikalnya. Kalau time pegi aku tak risau sangat sebab memang nampak dia terus ke kelasnya, yang jadi masalah sikit masa balik.

Memang selalu kalau masa balik dia berlari2 bermain2 dulu dengan kawannya baru dia balik, aku peratikan je dari rumah. Tapi hari ni lama pulak dia berkejar dengan kawan2nya, dengan mengayuh basikalnya. Juga aku peratikan je dari rumah, makin lama makin rancak dia bermain, macam tak ingat nak balik rumah je. Ada dalam 15 minit aku peratikan. Dah mula dah nak geram ni. Tiba2 aku nampak dia mengayuh basikal laju tak ingat, pastu dia terus hilang dari pandangan aku. Memang la hilang dari pandangan aku sebab terhalang dek kereta yang parking kat situ. Pelik pulak aku pehal pulak tiba2 dia senyap je, pastu nampak macam kawan2 dia tengok2 je. Dah tu aku pegi la intai kat sliding yang lagi satu, barulah nampak clear. Dia tengah tertiarap atas jalan sambil basikal menghempap dia. Ha sudah..apa hal la pulak kimi ni. Mula2 aku biarkan je ingat dia main ke, tapi aku tengok dia tak bangun2 jugak, zup aku salin baju dan bedezup jugak aku sampai situ. Berdebar jugak.

Bila aku sampai(tak sampai seminit dah sampai) terdengar dia nangis, masa tu ustazahnya dah pimpin dia dulu bawak ke surau. Ingatkan dia patah ke apa, menangisnya bukan main lagi. Nasib tak apa2 sangat, cuma pecah bibir sikit sebab dia tersembam ke jalan, berdarahlah jugak mulutnya. Lega aku. Setakat pecah bibir sikit tu dah tak jadi apa pada dia, dia penah kena lagi teruk dari tu masa jatuh basikal, kejap je seriknya.
Pastu sebakul la kena bebel, sampai rumah mandi, taruk ubat, terus dia tido. Masih lagi dalam mood serik tu.

Sebenarnya cite yang simple je, saje buat2 panjang..hehe. Kalau macam masa sekolah dulu subjek BM kita selalu kena buat ringkaskan karangan (ke apa namanya,tak ingat dah), so ringkasnya Kimi main basikal, kayuh laju2, jatuh, bibir pecah sikit, balik rumah mandi, sapu ubat dan terus tido.

Payah jugak ye nak mengarang bila dah lama tak mengeram mengarang ni.

2 comments:

Opah Ju said...

bagus juga ada blogkan,boleh peraktis mengarang dkt blog,jgn jd mcm opah ayat lintang pukang....

LINA said...

Ok apa cerita opah..tersusun je,senang nak follow resepi2 dalam tu.
Saye ni banyak merepek je..haha