Monday, October 5, 2009

Persiapan - sebelum hari raya

Aku balik kampung pagi sabtu. Sampai2 tu tak ramai lagi yang balik, yang ada cuma de dan teh. Masing2 tengah sibuk menyiang daging.
Dah angkut semua barang2 masuk rumah, tak kan tak reti2 pulak nak nolong kan. Ada kena fire sekali dengan mak aku. Sebenarnya benda2 gini tak payah nak kena suruh. Pandai2lah sendiri cari kerja, buat tu buat ni. Aku kalau kat rumah sendiri reti la buat tu buat ni, tapi kekadang (bukan selalu) kalau kat rumah mentua terpaksa jugak tanya ada apa2 lagi yang patut ditolong sebab semua benda aku dah tolong sampai tak tau nak tolong apa dah (nak kena pang sekali). Selalu jugak blur atau buat2 tak reti nak tolong apa. Takpe itu boleh diperbaiki dari masa ke semasa (eceh).
Mengarut pulak dah..berbalik kepangkal jalan, cerita persiapan sebelum raya.

Tengah menyiang daging untuk dibuat rendang dan untuk berbuka sekali. Budak lelaki yang rajin sangat tu abangde, anak teh.
Ni le rupa perut yang belum disiang (macam la orang tak tau). Hasilnya seperi yang dientry sebelum ni. Benda ni setahun sekali je makan.
Abangde yang menolong sambil menyibuk. Masa ni kan tak ramai lagi geng2 yang balik, tu pasal boleh terajin nolong.
Ha.. ni la yang dikatakan menantu mitali (sangat). Tak perlu disuruh, pandai je cari kerja. Eh, bukan ke aku yang suruh :-p.
Sekuali rendang, masak awal, sebab kalau dah malam penat amat nak buat semua sekali harung.
Menu wajib kat rumah aku kalau hari raya adalah lemang, kalau tak buat rasa tak meriah je raya.
Masa ni menantu mitali (sangat) yang sorang tu jelah yang baru balik, sebab tu muka dia je. Mesin kelapa dia, hidup api nak bakar lemang pun dia. Eh, ni bukan aku suruh jugak ke :-p.
Dan yang pasti bila balik ramai2 ni yang paling gumbira adalah budak2, bermain seolah dah takde esok. Makan semua tak ingat, yang penting main main main.
Macam2 la benda yang nak dibuat.
Oh muka anak daraku tak ketinggalan jugak, yang kegemarannya bila balik rumah wan adalah main telefon. Kejap2 telefon berbunyi nyaring sebab gagang letak tak betul. Kalau macam tu taulah siapa punya kerja.
Pasal pulak muka aku takde ni? adakah aku hanya ngambik gambar je kejenya..hissh idok, gambar aku tak dapat diambik disebabkan aku buat kerja terlalu laju selaju cahaya sehinggakan tak berjaya disnapkan oleh jurufoto pada petang itu...muahahahaha

No comments: