Menjelang hari raya, macam biasalah. Semua rasa seronok (agaknya). Bilalah agaknya aku merasa dapat pergi sembahyang raya. Ada je halangannya. Sekarang ni anak2 kecik memang tak boleh nak tinggallah. Mungkin bila anak2 aku dah pandai mandi dan bersiap sendiri nanti adalah peluang tu. Masa tu aku agaknya dah umur berapa yek?.Biarlah masa yang menentukan.
Selepas sembahyang raya,makan2 kemudian bersalaman dan bermaafan dan sessi bergambar pulak. Gambar adik beradik aku ni menurut turutan dari yang tua ke yang bongsu.
Kakak sulung, bersama dengan anak2,menantu dan cucu. Seorang lagi anaknya Safa sefamily takde dalam gambar,tapi gambarnya dah ada dalam entry sebelum ni.
Dari belakang : Syazwan,ju,abang ipo,kakak
Depan : jihah,dayana,suzi,adi
Abang ke2, gambarnya sekeluarga takde. Dia beraya rumah isterinya dulu (kut).
Ini isteri arwah abang ke3 dan anak2nya, dia dah meninggal tahun 2005 disebabkan kanser hati, tapi isterinya setiap tahun akan beraya kat rumah aku dulu. Sekali dalam gambar ni kakak ke5, de. Muka dia memang dah selalu keluar dalam blog ni.
Duduk belakang : Amirah,de,kakak ipo,amirul
Duduk depan : Amna,adila
Abang aku ke4, takde turn beraya rumah wifenya dulu.
Kakak ke6, teh dan keluarga. Anak2nya semua hero yang hebat.
Duduk belakang : Aiman,teh,abang ipo,adeep
Duduk depan : Amir, naim
This is my lovely family. me,ke7.
My lovely daughter Hani,me,my husband mizan, my hero hakimi.
Yang berikutnya adik lelaki aku,ke8 dan family. Gambarnya pun takde sebab dia beraya mana dulu pun aku tak tau..hahaha. Sorang sana sorang sini. Whateverlah. All have their own reason.
Ni adik beradik yang bongsu sekali,ke9. Siah and family. Tak lama dah nak bersalin anak ke2.
Ezwan,siah,dani.
Muka dani pun dah selalu keluar kat blog ni,geng kimi.
Dalam aku dok capture nama sorang2 boleh pulak ada anak sedara yang aku boleh lupa jap namanya. Dah biasa panggil nama pendek je. Tak pun panggil along angah kakak je. Bila nak ngingatkan nama penuh jenuh pulak. Adakah aku dah makin tua?sehinggakan nama seramai ini pun boleh ada yang lupa.Agaknya selalu terminum air dengan semut tu pasal la..kena makan kismis banyak ni!

No comments:
Post a Comment