Bila cerita tentang anak ramai ni, aku teringatkan satu dokumentari masa raya ke berapa dah tak ingat(tak silap raya ke 3/4), tajuknya Rumah kecil tiang seribu. Aku takdelah full concentrade sangat tengok sebab banyak sangat gangguan. Tapi banyak point yang boleh kita ambil dari situ.
Mengisahkan satu keluarga yang besar,adik beradiknya 14 orang(kut). Masa kecik hidup mereka memang susah, tapi ibunya tak pernah mengeluh kerana dia sentiasa yakin bahawa setiap anak tu ada rezekinya. Kadang kita yang hidup senang ni takut sangat nak beranak ramai sebab takut tak cukup itu tak cukup ini. Tapi bagi dia sekiranya agama itu cukup, insyaAllah yang lain2 tu kita akan rasa cukup. Akan terasa lapang walaupun pada lahirnya orang tengok susah. Pastu yang aku cukup rasa kagum sangat, mostly anak2nya adalah lulusan Al-Azhar dan berjaya. MasyaAllah. Betapa bahagianya arwah ayahnya mempunyai anak2 yang sedemikian.
Jam tu jugak aku rasa insaf sekejap, tabah dan kuatnya iman ibunya membesarkan anak seramai itu sehingga berjaya semuanya. Sedangkan aku yang anak dua ni(setakat ni) sahaja selalu rasa tak daya, selalu rasa hilang sabar. Tulah bila dah ada anak sendiri ni baru tau susah senang nak membesarkan anak2. Kalau setakat nak membesarkan sahaja tak payah mana rasanya, bagi je makan. Tapi nak menjadikan anak tu seorang manusia yang dipanggil khalifah dimuka bumi ni, disitulah berbagai cabaran dan dugaan kita sebagai ibubapa perlu tempuhi. Point yang penting dari cerita tu, kalau nak dapatkan anak yang soleh/solehah pertamanya ibubapa tu dulu perlu soleh. Kalau bapak dah toleh, agaknya anak apa pulak? lu pikirlah sendiri.
Sekadar selingan dalam kisah2 raya.
2 comments:
anak toleh kanan toleh kiri le! keh3.
(lama weyh x update! nyorok mana?)
toleh kiri toleh kanan pastu telentang..haha
dok dang nak update,lagipun skg intenet lembab gile tu yg lg malasnya
Post a Comment