Monday, November 18, 2013

Kemunculan semula.

Assalamualaikum w.b.t....

Yuhuuuuu...lamanya tak buka blog...sunyi sepi je. Macam tulah bila tugasan makin hari makin bertambah. Hidup dengan kerja2 yang tak pernah surut. Tapi tulah hidup..bila sampai ke penghujungnya, semua tugasan di dunia ni pun akan berakhir..

Hujan2 ni rasa macam nak berayat2 ceramah pulak..hehehe..lamanya dah tak menaip. Janggal je rasanya..macam ayam mematuk cari makanan dalam rumput,,satu satu satu..kalau ayam makan gandum yang ditabur tu laju je kan..

Sepanjang tak berblog ni macam2 peristiwa dah terjadi. Dua peristiwa besar yang jadi.. pertamanya kakak sulung ku telah kembali ke rahmatullah pada 22.8.2013 kerana menghidap kanser rahim. Bila dia tahu ada kanser memang dah tahap 4..tahap yang memang tak boleh nak buat apa2 dah. Hanya berserah kepala Allah. Bukan la maknanya tak usaha apa langsung..macam2 usaha dah buat...cumanya apa yang boleh dikatakan masa dia dah sampai dulu..Allah lebih menyayangi..Al-fatihah..

Peristiwa yang keduanya..peristiwa gembira buat kami sekeluarga, pada 24.8.2013 iaitu 2 hari selepas kematian kakak aku, aku telah selamat melahirkan anak yang ke4 pada jam 12.30tghri. Beratnya 3.21kg kalau tak silap..tiba2 plk hilang ingatan..hahaha..tapi lebih kurang tu la. Baby girl. So sekarang ni aku ada 3 bunga 1 kumbang..alhamdulillah..

Hafni Khamila..nisbah kemuliaan. Moga menjadi anak yang mulia, anak yang solehah.

Ni gambarnya masa dah 2 bulan..masa baru lahir banyak dalam hp. Nanti kalau ada masa aku upload kat sini. Harap2nya bukan la hujung tahun depan pulak..muahmuahmuah..

Lagi satunya dia ni fully bf..alhamdulillah..tu la cita2 aku masa ngandungkan dia. Dah berniat sangat kalau bolehnya biarlah dia fully bf.




Ok nanti sambung lagi(harapnya)..si kecik ni dah berbunyi..daaa..


1 comment:

erdanisa said...

Hahaha.. N3 mula cuti skolah.. Ni nk abih dh cuti ni... hihihi..