Thursday, November 15, 2012

Kuih lapis

Banyaknya gambar dalam simpanan, tapinya takde masanya nak ditransferkan ke dalam blog kesayanganku ini..muahahaha..

Ni pilih2 gambar yang senang nak diceritakan. Paling senang cerita pasal resepi la. Nak share resepi buat kuih lapis. Bahannya teramatlah senang, tapi nak menjadi tak semudah yang disangkakan. Aku la tu yang sangkakan mudah, tapi bila try buat...hmmmm..

Memang tak pernah ada dalam agenda pun nak try buat kuih ni. Sebabnya not my faveret, tapi sangat la faveretnya hani dengan kimi. Biasanya nenek diaorang yang buatkan. Bila datang mesti ditapaukan untuk cucu2 dia ni. Sekarang ni nenek diaorang takde kat kuantan untuk jangka masa yang mungkin agak lama..so terpaksa mamanya yang amat rajin ni belajar sendiri. Boleh je nak tepon neneknya tanyakan caranya..tapi..macam biasa la nak cuba buat sendiri, intenet guruku.

Mula2 nak buat tu memang semangat giller..dah la tengok bahan senang..cara pun senang..zup zap je buat. Hahaha..nak tegelak dulu bila teringatkan hasilnya 1st time buat. Budak berdua ni makan kena guna sudu..hahaha..jadi ke tak....?ha tau pun, tak menjadi la tu namanya. Lembik..tapinya tetap jugak dapat pujian dari budak berdua ni, tetap diaorang cakap sedap. Rasanya memang rasa kuih lapis..tapi qhopenya MasyaAllah..silap tak ambik gambo, tak membazir pun..licin dimakan budak berdua ni.

Lepas tu memang aku lagi semangat nak buat, nak buat sampai jadi. Selepas kali ke4 buat barulah boleh dibanggakan sikit. Barulah budak berdua ni cakap cantik dan sedap. Tapi yang sebenarnya ada lagi kurangnya..

Aduii panjang beno kronologinya nak bolehkan muncul rupa kuih lapis tu.

Inilah rupanya..cantik tak?hehehe..


Ini resepi aku tanya jiran mak aku, dia memang nege kuih2 dulu, kuih lapis dia memang mabeles..lemak berkrim.

Bahan:

Tepung gandum dan tepung beras sama sukatan.
- Aku try secawan tepung gandum dan secawan tepung beras.
- Secawan gula, tapi aku kurangkan 3/4 cawan je. tak suka manis2.
- suku cawan tepung ubi, ni aku try sendiri, nak bagi dia lagi keras
- santan dalam 3 1/2 cawan atau pun masa bancuh kena pandai agak2 jugak, curah sikit adunan tu kat hujung jari, kalau elok melekat kat jari macam tak cair sangat ok la tu. Aku ni guna santan serbuk.
- secubit garam

Cara:

-Satukan semua adunan. Aku guna penapis santan nak bagi dia sebati elok.
-Bahagikan kepada 2 bahagian, 1 bahagian letak kaler. Bahagian yang nak lapisnya banyak sikit lebihkanlah. Macam aku buat tu lapis merahnya lebih.
-kemudian bolehlah dikukus. Lapisan pertama masanya 5 minit je, pastu letak lapisan kedua dan seterusnya, sama jugak masanya, akhir sekali barulah kukus lama sikit dalam 10 minit.
-Untuk nak dapatkan lapisan yang sama tinggi kena pandai2 la sukat.

Itu je la. Aku pun masih belajar, esok budak2 ni request lagi kuih ni. Kali ni nak guna santan asli pulak. Tengoklah hasilnya camne..kalau rajin aku upload lagi.

No comments: