Saturday, September 22, 2012

Kek kurma kukus

Nak kongsi satu lagi resepi.

Tercetusnya idea(ayat mcm baguih je) nak buat kek kurma ni sebab tengok dalam petiais banyak sangat kurma masa ramadan hari tu. Kurma ni yang tak berapa sedap sangat, manis sangat macam bersira pulak..budak2 ni pun tak suka. Kalau dibiarkan je dalam petiais tu sampai ramadan tahun depan pun belum tentu luak..tak kan nak buang.

So macam biasa la, intenet guru masakanku pun digunakan. Resepi ni ambik kat myresepi.

Resepinya senang sangat dan insyaallah menjadi, resepi asalnya dibakar, tapi saje aku buat kukus, setakat ni dah 3 kali aku buat memang menjadi, budak2 ni pun suka (aku ni asyik cakap budak2 ni je yang suka ke tak, tak cakap pun bapaknya suka ke tak..aku ni suka ke tak..hehe bapaknya makan je apa aku masak..) Dah nak habis pun kurma..lega..

Bahan2:

2 cawan tepung gandum
1 cawan kurma buang biji
1 cawan gula (tapi aku kurangkan separuh je)
4 biji telur
3/4 cawan minyak masak/cairkan planta
1 camca s.bikabonat
1 camca b.powder
esen vanila (suka hati la nak isi byk mana milah..1 camca jugek..)

Cara2:

Blend telur dgn gula sampai kembang
Kemudian masukkan kurma(kalau kurma tu jenis keras, potong kecik2, kut2 la takut rosak blender ke..)
Kemudian masuk esen vanila
Bila dia dah sebati, hancur elok. masukkan kedalam tepung gandum yang terlebih dulu diayak bersama dengan b.powder dan s.bikabonat, kacau sebati.
Bila dah sebati baru minyak, kacau lagi sampai sebati

Eh gambo terkeluar dulu..malas dah nak ejas..Ini la rupanya kek kurma kukus kome..


Pastu puan2 silalah tuang dalam loyang dan kukus selama 1 jam..atau hingga masak. Kalau yang bakar punya lupa pulak berapa lama. Ala..tak kan tak reti kut nak cek kek dah masak ke belum..

Sila la cuba, kalau rasa2 banyak lagi kurma bulan pose hari tu yang memang tak berabih2..mudah2an jadi.. ;->

No comments: