Wednesday, May 2, 2012

Makin lasak

Sebulan lebih dah tak terupdate..

Makin lama tak update ni makin takde apa yang nak dimerepekkan. Sebenarnya banyak jugak benda nak dituliskan, tapi nak memulakan tu, mak aiii...last2 lupa seme benda nak cerita. Semenjak jadi surarumah ni rasanya otak makin tumpul, yelah membaca jaraaaang2 sekali, kalau membaca pun buku teks atau buku aktiviti darjah 1..tu boleh la dikatakan hari2, tahun depan darjah 2 pulak..gitu jelah.

Kalau tengok s/kabar pun bace tajuk je, teruk betul la. Tengok tv? hahaha cerita korea tu wajib la..tak 391..393, pastu numpang la tengok sekali katun2 budak ni. Memang tak berkembang la otak kalau gitu gayenya..haisshh

Ok la nak cerita pasal budak lasak ni, sebulan terskip pasal dia. Sekarang dia dah 7 bulan setengah lebih kurang, 13hb ni 8 bulan. kejap je kan. Rasa macam nak je lagi sorang..aikk..eh silap cakap, tak dah kut..tak daye weh dah tua. Tapi kalau Allah nak bagi siapa yang boleh halang kan?

Sekarang dah terer sangat berdiri kat sofa ke..rak tv ke. Mula merangkak masa 6 bulan lebih.
 Gigi dah ada 4 batang, 2 atas 2 bawah. Lasak sangat sebab abang dengan kakaknya memang biasa main lasak dengan dia ni, dia pulak tak menangis, rilek je, kita ni pulak yang terjerit2 marah takut adik tu sakit.
 Memang tak reti dok diam langsung..agaknya gabungan abang n kakaknya. Seme benda nak capai, nak tarik. Telefon rumah dah berapa kali jatuh dah, rasanya tak lama lagi lerai gitu je buat dek budak ni. Kalau nampak mama lipat baju laju je datang nak kucar.
Macam2 lagi la perangainya sekarang ni, letih la nak cerita banyak sangat..haha. Zzzzzzzz..

No comments: