Berbalik ke tajuk asal, semalam alhamdulillah kimi berjaya lagi menghabiskan puasanya. Dia ni masalahnya masa balik dari tadika je, prime time dia. Sebab rutin harian balik tadika je terus makan, kadang dalam kereta dah makan. Bila dah melepasi waktu tu ok la. Semalam macam terlebih tenaga pulak dia, balik tadika siap boleh berkayuh jap basikal kat depan rumah. Masuk rumah ok je tak nyebut langsung penat. Cumanya ada sikit dia hampir terkucil, hani pegi minum air masak depan dia, pastu kimi boleh dia ambik pulak botol air yang hani minum tu, dia nak minum sekali, nasib baik aku nampak. Bila aku dah tegur, mula la tersengih2 cakap kimi saje main2 je, agaknya kalau aku tak nampak tu selamat dah air tu. Bukan tak dilarang hani tu, dah suruh dah minum kat dapur je, tapi macam biasalah jawapan dia..takpe..takpe..
Semalam ikut abah pergi terawih, boleh dia main bola dengan kawan2 dia kat tepi surau. Macam orang tak letih langsung, balik rumah berpeluh2 satu badan, tapi sebelum tu kena la sedas dua dengan abahnya sebab buat bising kat surau. Tido pun dah pukul sebelas.
Bangun sahur hari ni ok sikit dari semalam, takde la makan sambil tido. Pas sahur tadi tak tido sampai sudah main ipod, tak tau la apa jadi kat tadika karang.
Semalam berbuka masak simple je, the best jemput pisang in the world ada lagi, atas permintaan kimi, dan koktel buah(ke apa namanya). Pastu sup daging kambing makan dengan nasi, tu sahaja.


3 comments:
bertuah puan Zalina dapat encik Hamizan... auwwwwwwwww... sweeettttnye... kikikikik
goreng burger buat mkn sahur...boleh?
Uiii..mmg sgt bertuah weh..tp yg x phmnya apa yg so sweetnya?awat hang ingt mizan tu bgn sediakan sahur ka?
Post a Comment