Sunday, August 14, 2011

Puding gula hangus

Alhamdulillah dah masuk 14 ramadhan hari ni, lagi 2 minggu je lagi nak raya. Tempahan biskut raya orang dah siap ke? tido tepi oven la ye..hehe..sape tu yek?

Perkembangan puasa kimi setakat ni alhamdulillah baguih! Hari pertama je ada masalah, hari yang lain2 tu semua under control lagi. Kalau nak bagi dia dok diam je, bagi la main game, tak buka puasa pun takpe.

Ni masa sahur, makan kuih feberet dia, badak berendam, seloyang boleh habis ke dia.


Sebenarnya nak cerita ni ha..try buat puding gula hangus, 2 hari lepas. Ni feberet encik mizan, dah lama nak try buat. Resepi macam biasa la,intenet, tanya sifu serba tau kat jengka tu jugak. Hasilnya? puding gula hangus yang keras sikit, rasa not bad. Terlebih isi tepung kastard, dah buat main agak2 sendiri je. Lepas ni kalau buat lagi sekali mesti conpem jadi. Hehe..confident tu kena lebih.



Resepi yang aku buat ni:

4 biji telur
setin susu cair
4 sudu gula
2 sudu tepung kastard (patutnya kena kurangkan jadi 1 sudu je)

Cara :

-Hanguskan 2 sudu gula dalam loyang sampai perang, pastu ratakan, ketepikan.
-Blend telur, susu cair, 2 sudu gula(kalau suka manis boleh tambah lagi), tepung kastard sampai sebati, pastu curah dalam loyang gula hangus tadi, pastu kukus dalam 30 minit. Dah masak biar sejuk, pastu boleh terbalikkan. Siap.

Tu je ceritanya ;-).

No comments: