Cuti sekolah baru ni kitaorang ke KL, saje jalan je. Sebenarnya perancangannya bukan nak ke KL, tapi nak ke satu tempat tu, tapi tambangnya over budget la pulak, last minit booking memang mahal. So cancel, pergi ke KL je la, tak kisah la janji keluar dari pahang ni dan lari kejap dari rutin harian..cewahhh..
Kitaorang pergi hari khamis, dan terus ke Petrosains, KLCC. Memang itu tempat pertama nak bawak budak2 ni. Sampai dalam pukul 11, aku bayangkan takde la ramai sangat orang, rupanya..beli tiket pukul 11, boleh masuknya pukul 1. Tu pun berbaris pukul 1, pukul 1.30 baru dapat masuk dalam. Kalau nak pergi, baik la jangan pergi musim cuti sekolah.
Sementara nak ke pukul 1 tu melilau je lah kitaorang dalam KLCC tu, nak ke hotel dulu malas pulak, takut payah dah nak dapat parking. Shoping tak termasuk dalam itenary percutian, so jangan la aku nak berangan. Ikut je la, bukan kau yang kuar duit kan. Orang dah bawak berjalan ni, syukur dah.
Best jugak ke Petrosains ni, banyak benda boleh belajar, cumanya kalau dah dengan hani, tak merasa la nak tengok beria itu ini, lebih ke ngejo dia je. Kimi ok, sebab dia memang minat benda2 sains ni. Kalau rancangan Backyard Science chanel 610 memang feveret dia. Kami kat dalam tu 2 jam lebih jugak, lenguh kaki berjalan.
Banyak gambar2, tapi ntah hape2 je. Kalau kimi memang tak hingin langsung bergambar.
Budak ni macam biasa tak reti dok diam langsung, dah la orang ramai.
Sementara nak menunggu ke pukul 1.
Gambar2 kat dalam.
Pergi sini bagus, barulah hani nak diam sikit sebab takut.
Ni tak tau la menari ke, tengok perutnya yang buncit tu.
Setiap benda yang ada kaitan dengan kapalterbang dan yang seangkatan memang kimi tak kan lepaskan. Mesti nak dicubanya.
Kalau boleh dia sorang je nak cuba benda ni.
Kat belakang tu simulator helikopter nak ke platform, tapi aku tak naik pun atas sebab2 kesihatan. So tak tau la camne rasanya, kimi cakap memang best.
Ni koya nak bawak kete F1..
Yang berdua ni pun sama
Ok ni dah nak keluar
Ingatkan keluarnya cepat je, rupa2nya kena beratur lebih kurang macam masa nak masuk. Bukan apa yang jadi lambat tu, untuk nak masuk dan keluar dari sini kena naik kereta dia, tak ingat dah apa namanya, setiap keretanya boleh muat dalam 7-8 orang, tu yang lama nak menunggu turn.
Ni senarai bayaran masuk. Kami ambik pakej keluarga, so kena RM24 sahaja.
Overallnya memang bagus pergi sini. Dah keluar dari sini tak sabau nak landing, letih oo..berjalan dengan budak2 ni. Nanti sambung lagi.
2 comments:
ooo.. best bro.. best bro...
ye la bro mmg best..bejalan..
Post a Comment