Kitaorang pergi hari khamis, dan terus ke Petrosains, KLCC. Memang itu tempat pertama nak bawak budak2 ni. Sampai dalam pukul 11, aku bayangkan takde la ramai sangat orang, rupanya..beli tiket pukul 11, boleh masuknya pukul 1. Tu pun berbaris pukul 1, pukul 1.30 baru dapat masuk dalam. Kalau nak pergi, baik la jangan pergi musim cuti sekolah.
Sementara nak ke pukul 1 tu melilau je lah kitaorang dalam KLCC tu, nak ke hotel dulu malas pulak, takut payah dah nak dapat parking. Shoping tak termasuk dalam itenary percutian, so jangan la aku nak berangan. Ikut je la, bukan kau yang kuar duit kan. Orang dah bawak berjalan ni, syukur dah.
Best jugak ke Petrosains ni, banyak benda boleh belajar, cumanya kalau dah dengan hani, tak merasa la nak tengok beria itu ini, lebih ke ngejo dia je. Kimi ok, sebab dia memang minat benda2 sains ni. Kalau rancangan Backyard Science chanel 610 memang feveret dia. Kami kat dalam tu 2 jam lebih jugak, lenguh kaki berjalan.
Banyak gambar2, tapi ntah hape2 je. Kalau kimi memang tak hingin langsung bergambar.
Ni senarai bayaran masuk. Kami ambik pakej keluarga, so kena RM24 sahaja.
Overallnya memang bagus pergi sini. Dah keluar dari sini tak sabau nak landing, letih oo..berjalan dengan budak2 ni. Nanti sambung lagi.
2 comments:
ooo.. best bro.. best bro...
ye la bro mmg best..bejalan..
Post a Comment