Thursday, June 30, 2011

Donut

Lepas kes yang kitaorang buat cakui donut yang hampeh tu, mertua adik aku dengan suka hati ngajo menantunya buat donut yang mudah sangat. Setakat buat donut pejam mata pun dia boleh buat, senang sangat. Adik aku pulak perturunkanlah resepi donut yang dia menuntut dari mertuanya tu ke aku. Memang mudah sangat.

2 hari lepas aku pun mentry la buat, menjadi nyah...lembut je, suka hati mak.

Ni la ghope donutnya, haha..tak cantik pun, ikut dan je bentuknya, tak kisah pun yang penting rasanya sedap dan budak2 ni suka makan.

Untuk peringatan aku, ni bahan2 dia :

1-Tepung gandum sekilo, tapi keluarkan sikit dalam semangkuk untuk mencelup donut supaya tak melekat kat dulang.
2-Sebungkus mauripan.
3-Susu pekat manis lebih kurang 1/4 cawan, bancuh dengan air
4-Planta dalam 1 senduk nasi
Mertua dia ni ajar takde sukatan betul2, tapi pandai2 la agak.

Cara2:

1-Gaulkan tepung dengan planta sampai rata
2-Masukkan mauripan, gaul lagi sampai rata
3-Akhir sekali masukkan susu yang dah dibancuh dengan air tu, pandai2 la agak banyak mana airnya, sampai dia boleh jadi doh.
4-Dah siap tu bentukkanlah macam donut, pastu dip dalam tepung dan biarkanlah dia naik, lebih kurang dalam 1-2jam kut. Pastu boleh la goreng dan digaulkan dengan gula dan boleh la makan..mudah kan?

Macam yang aku buat tu tak sampai pun sekilo, setengah kilo je rasanya, bahan2 dia pandai2 la dikurangkan.

2 comments:

nice n pretty mama said...

bagusss... pandaiiii kau nyah...

LINA said...

tima la ko mak hayam..