Friday, July 1, 2011

Roti canai

Pagi semalam bangun2 tido terbayang je bestnya kalau dapat makan roti canai. Tapinya tau dah takde sape nak layan kalau mintak suruh beli, tak dan pun, kat area rumah aku ni memang la takde jual, kalau nak kena pergi jauh sikit kat sungai karang, sian pulak orang nak pergi kerja. Nak pergi sendiri malas pulak, tapi tekak nak makan.
Sementara hani tak bangun tido cepat2 aku meng'google' cari resepi buat roti canai. Haha..macam tak percaya pulak nak buat roti canai, tapi hentam je la. Maka bermula la misi aku menguli tepung, ko ingat senang nyah? Leceh..nak kena banyak kali ulinya. Tapi takde la aku menebar pasal, setakat lenyek2 dalam dulang je.

Agak2nya jadi ke tak ye? jeng jeng...


Rupa roti canainya, dari rupanya dah boleh agak kan lembut ke tak, memang la tak lembut macam kat kedai tu..tapi takde la keras sangat pun. Ok la. Aku buat dapat dalam 10 keping kecik2.
Rasanya pun sedap jugak, tengok je lah aksi budak ni, sedap la mama masak roti canai..3 keping ke dia sekali makan. Balik kimi dari tadika terus licin dia hentam semua, sedap jugak katanya. Roti canai sahaja tanpa cicah apa2.

Fakta pemakanan : sekeping roti canai kosong tanpa dhal mengandungi 200 kalori.

Aku tak bimbang sangat budak2 ni makan banyak roti canai yang aku buat ni, sebab rasanya kurang sikit kalorinya, masak kurang minyak dan menggunakan minyak zaitun extra virgin gitu..ha kan bagus kalau buat sendiri.

4 comments:

nice n pretty mama said...

org tepok2 la dlu roti tu.. mcm kat kedai tu... ni kang nampak kejung je... nanti kita buat lagi.. nk menambah kalori dlm badan mak hayam ni... huahuahua..

LINA said...

X leh nak tepuk2..garing,tak yoh tepuk2 pun licin,jum la naNti kita buAt sekali dengan kuah kari,samA2 tmbh kalori

The said...

ha ha tah apa je, 2 beradik citer pasal makan tepuk2 la..

nice n pretty mama said...

the: kan mcm kat kedai tu.. mamak tu tepuk roti ngan tgn bg roti tu lembut.. x penah tgk ke mamak buat camtu..nanti awk g la kedai mamak tgk camne... baru faham.. hikhik