Semalam rasa macam lebih sikit rajinnya, tengok kat dapur ada 3 biji lagi kentang, terus dapat idea nak cuba buat karipap. Bukan selama ni tak pernah buat, tapi tak pernah lagi buat 100% sorang diri. Terus la message ke makcik 3G ni, nak conpem betul2 cara nak buat kulitnya. Nak tanya mentua segan la pulok, dah banyak kali dia ajar, karang tanya lagi ada dia cakap aku ni bengap sungguh. Tanya 3G ni takpe. Dia rajin buat karipap, dani suka sangat makan. Dia memang rajin memasak, tapi pelik jugak laki dia tetap 3K..kalau macam aku ni memang la nampak jugak malasnya, laki bini 3K (haha melawok je tu).
Ok bebalik semula cite pasal buat karipap, inti dia aku main taruk je apa yang ada, kentang campur sebatang carrot campur sebatang sosej, hasilnya sedap jugak (kimi la cakap sedap). Sementara nak bolehkan siapkan karipap tu, aduii..rasa nak migrain kepala. Migrain dengan budak berdua ni la, terutamanya hani. Aku nak canai tepung dia nak buat jugak, nak isi inti dia nak buat juagak. Semua la dia nak buat jugak. Last2 bagi dia seketul tepung baru la aman sikit. Rumah tu tak payah nak cakap la seleraknya camne. Dah tinggal lagi suku nak habis, budak berdua tu datang lagi menyibuk nak minum air soya la pulak, si haninya sambil minum sambil tertayang2 ke air soyanya, sekali tertumpah dalam inti karipap, tak tau nak cakap apa dah, nasib boleh diselamatkan lagi, cepat2 curah je air soya tu, mujur la inti tu tak rasa soya, kalau dia yang terduduk dalam inti karipap tu alamatnya ke tong sampah je la.
Akhirnya siap la jugak karipap aku ni..dapat dalam 30 biji, kecik2 je. Kimi tak habis2 puji karipap ni sedap(budak kan tak pandai menipu, kalau dia cakap sedap tu maknanya sedap la tu..hehe), sampai habis sepinggan dia makan sorang. Yang haninya cuma makan kat tempat klim tepung tu je, pastu dia tinggal, hangin betul la dia ni. Tak berbaloi mama buat kalau makan macam tu je.
Aku ni sebenarnya suka jugak buat2 makan ni, tapi mengenangkan perangai budak2 ni, huh! lupakan je la. Setakat nak makan kuih 2 3 orang tu beli je la. Takde maknanya aku nak pening2 kepala kat dapur.
3 comments:
wan tu 'memebela' agak nye.. makan 3 pinggan nasi.. badan sekeping.. tension dengki betoi ke dia..
.. karipap next time awk buat ce bancuh ngan air soya betoi.. awk suka menda ngarut gitu,... hehehehe
Elok la tu,wan bela hantu kurus,awk bela antu gemuk..
Bak kata chef michel smith..my secret of cooking is cooKing without recipe..jadi itulah kaedahnya,masak mmg kena merapu sikit
wan tu membela saya sebenarnye.. org yg membela mmg kurus.. yg dibela tu yg gemok ...hehhehe
Post a Comment