Awal bulan hari tu, tadika kimi sekali lagi buat pertandingan mewarna. Sama macam tahun lepas punya, buat kat McD TC. Dia punya aturcara pun sama je, aku pun dah tak excited nak ngambik gambarnya. Tapi dia tetap sama jugak excitednya. Bangun pagi senang sangat, dah tu dalam kete boleh dia tanya aku "mama dah tau ke jalan nak pe McD tu?", haha.. sampaikan anak aku pun tau aku ni buta sikit jalan kat kuantan ni, takut sangat dia tak sampai ke TC tu, tapi tolong sikit ye..itu 4-5 tahun lepas, sekarang ni setakat ke TC tu pejam mata pun aku dah tau jalan..haha.
Kalau diingat balik sejarah tahun pertama kedua aku duduk kuantan ni memang macam tu, asal nak ke bandar je mesti tepon mizan, kadang tu setiap kali nak pegi ke kuantan parade mesti tanya camne, sampaikan orang tu dah bengang nak ajar jalan. Suara pun dah tinggi semacam je. Sorry la aku ni memang ngap sikit bab2 hafal jalan ni. Lagi pun aku tak beria sangat hafal jalan kat sini sebab tau ada orang yang boleh di harap, kalau sesat tepon je. Sekarang, insyaallah dah ok la..bandar kuantan besar mana la sangat..hehe
Kali ni aku pegi berdua je dengan dia, mizan keje, hani dah dipos balik kampung dengan mokdenya. Senang sikit keroje aku. Kalau tak pening la kepala aku nak kontrol hani tu, ingat yang tahun lepas tau dah camne, ini pulak dia dah makin besar, makin panjang akal dan langkahnya.
Dibandingkan dengan tahun lepas lepas, kali ni ada banyak peningkatan dia mewarna. Cuma tak reti nak mewarna sehala, jap melintang jap menegak, puas dah ngajo dia.
Ni kawan dia punya, soft je dia mewarna.
Walaupun dah banyak peningkatan, tapi ramai lagi yang lebih baik dari dia, kali ni sama jugak dapat hadiah saguhati je.
Dalam pukul 12 acara habis, berdondang sayang perut lapo nak cari nasi. Itu je, tahun depan takde dah, kimi dah darjah satu.
No comments:
Post a Comment