Tune hotel ni konsep dia add on, kalau bilik sahaja harga dia 100, tv takde, kami add aircond 12 jam, sehelai tuala dengan sabun mandi kena tambah lagi 50. Sekali bila dah ke biliknya, mak aii..keciknya bilik, cuma ada sebuah katil kelamin. Nak sembahyang pun terpaksa tolak katil himpit ke dinding. Sebelum tu aku tanya mizan ada 1 katil ke 2 katil? dia cakap 2, tak tau la dia salah dengar ke masa kat kaunter tu. Huh tensen jap malam tu, bayangkan tidur 4 orang atas katil tu, dengan hani yang tido masyaallah lasaknya. Dah terpaksa la aku tidur macam patung, dah tu pukul 10 pagi dah kena check out. Rasanya ni la 1st and last check in kat situ. Kalau sorang atau berdua ok la, kalau ada family buat sakit hati je.
Ok abih cerita pasal hotel, lepas dah check in rehat2 jap buat apa yang patut, kami ke pwtc pulak. Sebenarnya ni la tujuan utama mizan ajak ke KL, nak ke KLIM, KL international motorshow dan sebab tu la jugak nak cari hotel yang dekat dengan lrt, jalan jem gile hala ke pwtc. Ni kali kedua aku ke KLIM, kali pertama masa bujang kalau tak silap tahun 2004. Pergi tu pun sebab dapat tiket free, kalau tak jangan harap la aku nak pergi. Takde kerja ok aku bayar 30 pastu bersesak2 kat dalam tu semata2 nak tengok kereta. Lagi baik aku beli makan, tu cakap orang yang tak berapa minat, kalau orang yang minat tu lain pulak. Tahun ni murah sikit, 20 hengget sorang. Kali ni pun off course la jugak free.
Masa ni dah pukul 5 lebih kalau tak silap, naik lrt kat sultan ismail, nasib baik tak ramai sangat orang.
Lepas tu terus balik hotel, tido. Masa dalam lrt tu terbayang2 dah katil, tak sabar dah nak landing.
No comments:
Post a Comment