Thursday, December 9, 2010

Ke KL

Weekend baru ni ramai yang ambik cuti terus sampai Selasa. Ramai betul umat manusia kat atas hiway.

Hari Ahad lepas kami ke zoo negara, bawak budak berdua ni jalan2, excited sangat diaorang(biasa la tu alasan standard sebab malu nak ngaku diri sendiri tu yang selok jugak nak ke zoo sebenarnya, cakap anak2 je yang excited padahal maknya pun sama). Last aku ke sini kalau tak silap tahun 2002, tu pun sebab nak teman anak2 sedara jalan, sebab diaorang tak tau jalan sangat(lagi sekali cover). Tapi memang betul jugak, jarang aku tengok orang yang datang ke zoo ni sebatang kara, selalunya mesti ada sekali budak2/anak2. Yang seronoknya pergi dengan budak2 ni dapat dengar macam2 komen dan lihat gelagatnya bila tengok binatang..mama binatang apa tu? mama nape buaya tu nganga je mulut mulut dia? mama kura2 ni makan biskut tak? mama badak kejar orang tak?....dan bla2...

Kami sampai dah pukul 11, mak aiii...ramainya orang, tapi dah sampai redah je la kan, tak kan nak patah balik semula, lain la zoo tu 5 kilo je dari rumah. Parking kat tepi2 jalan kat luar je, tu pun ada jugak orang mintak duit parking, padahal tu bukan parking area pun, ambik kesempatan.

Dan macam biasa banyak gambar je.

Hani baru 3 hari rambutnya digondolkan, macam lelaki pulak.

Masa last aku pergi dulu rumah lebah ni takde lagi.
Mujur kali ni kimi tak berapa penakut sangat.






Aktiviti memberi makan zirafah.








Kalau pergi ke tempat2 macam ni bawak la air ke makanan ke banyak2, membazir je aku rasa kalau beli sebotol air mineral sampai 3 4 hinggit, padahal kat luar baru singgit lebih.
Ni pun baru jugak.



Keluar dari zoo ni dah pukul 2 lebih, kebulur masing2. Nak berjalan pun rasa ngeret kaki je. Cerita bersambung ke tempat lain pulak, dah alang2 sampai sini tak kan nak ke zoo je. Bukan shop till you drop tapi walk till u drop.

Alamak terlupa, blog ni dah menyambut birthdaynya yang kedua 7/11 lepas. Harap2 panjang umurnya, walaupun sekarang ni sekali sekala ada dan lamaaaaaaaa menyepinya.

No comments: