Semenjak duduk kat kuantan ni ada satu tempat yang aku teringin sangat nak pergi. Setiap kali lalu, selalu cakap bilah nak dapat naik ke situ. Teringin nak tau apa yang ada kat atas tu. Nape ramai sangat suka naik ke situ.
Sabtu lepas last minit punya plan, aku dengan kakak aku, kununnya nak mendaki bukit pelindung nilah. Tapi takdelah plan beria sangat pun, kalau jadi, jadilah. Setakat nak naik bukit pelindung ni bukan payah pun, lain la nak mendaki gunung kinabalu ke. Kena baik punya training.
Subuh ahad tu 545 aku dah jaga, masa azan subuh. Terus mata segar bugar. Terus macam semangat je nak ke situ. Aku kena pergi hari ahad sebab mizan tak kerja, so bolehlah dia jaga budak berdua tu. Kununnya nak bawak kimi, tapi lepas fikir semula 100 kali, baiklah tak payah. Aku keluar rumah pukul 630, masa tu tetiba je hujan turun renyai2, tapi dah alang2 aku keluar rumah ni teruskan je, aku fikir kalau kat situ hujan balik jelah kan. Bukan jauh sangat pun.
Pas ambik kakak aku kat rumah dia, terus ke situ. Nasib baik tak hujan, in fact sebenarnya baru lepas hujan kat situ. Lagilah rasa segar dan nyaman kat situ. Kami stat naik dalam pukul 7, masa tu kami berdua je, tak jumpa orang saing.
Takut jugak aku, kut keluar babi hutan masa on the way tu, maunya pengsan dua2. Tapi sebenarnya takde apa pun. Best sangat. Dengar bunyi unggas2 waktu pagi, sunyi sepi, udara yang sejuk.
Disebabkan masing2 dah lama tak mendaki, jalan sikit masing2 dah tercungap2 dah. Padahal kalau nak diikutkan kakak aku tu kira rajin la bersenam, tiap2 minggu bererobik, tapi lagi teruk dari aku ada..haha. Daki mendaki bukanlah benda yang baru pada aku, cuma dah lamaaaaaaa sangat aku tinggalkan. Sebab tulah baru mendaki sikit dah mencungap. Dah la dengan kurang excercisenya.
Masa ni berhenti kat pitstop yang pertama, masing2 kembang hidung bernafas.
Kemudian, pendakian diteruskan (macam la tinggi sangat) lagi. Jalan sikit berhenti, cuba memperlahankan degupan jantung.
Salah satu pokok yang menarik kat situ. Hutan simpan dara ke apa kat situ namanya.
Ingatkan kamilah yang pertama sampai ke atas tu, tapinya rupanya kami silap. Masa dah nak sampai kat atas kami beselisih dengan seorang cina lelaki tua yang sedang selamba je berjalan untuk turun. Masa selisih tu kontrol la nafas, malu la kan nampak sangat kau tu semput..padahal tak la tua mana, baru sedang2..haha..lawak. Pastu selisih lagi dengan 3 orang cina tua yang sedang cing cong juga dalam perjalan untuk turun. Kontrol lagi.
Tepat 740 kami sampai ke atas, banyak sangat berhentinya sebab tu lambat sampai. Sampai kat atas tu, lagilah kami rasa malu dan kagum sangat, ada seorang kakak tu (kalau nak panggil makcik rasanya dia tak la tua sangat, mungkin dalam 40 kut) dengan selambanya sedang breasfeed anak dia kat pondok situ. Dia naik 1 family, dengan suami dan 2 orang anaknya yang lain. Ha ambik ko terkesima kejap, taf tak tafnya kakak tu, boleh bawak anak kecik naik ke atas tu subuh hari. Kalau akulah, dah fikir 100 kali pun mungkin tak naik. Tulah kan untuk sihat, semuanya dalam tangan kita. Kita yang memilih. Kita yang menentukan hidup kita. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Kat atas ni takde apa pun, aku bayangkan boleh nampak bandar kuantan ke, tapi tak pun. Banyak pencawang telcos je.
Ni paling atas, kat pencawang telekom.
Gembira beb dapat sampai atas. Impian dah terlaksana.
Masa kami on the way turun tu barulah berselesih dengan ramai orang. Agaknya ramai yang bangun lewat sikit sebab pagi tu hujan. Tarik selimut lagi best. Masa tu pun masih berkabus.
Aku rasa la kan, kalau bawak kimi, ada agaknya aku kena jadi macam abang ni, dukung kimi macam tu. Sampai bawah agaknya dengan aku sekali terpe-le-ot. Mujur tak bawak dia. Kalau nak bawak dia abahnya kena ikut sekali.
Kalau ada peluang lagi for sure aku nak lagi naik bukit pelindung ni.
Selepas berjaya membakar banyak kalori kat sini, kami terus ke pasar tani pulak, sebab masing2 dah kebulur, pastu eloklah sangat beli pulak nasi lemak dengan laksa lemaknya dengan ketupatnya dan makan tak hengat. Buang kalori tambah kalori. Bagus!
2 comments:
macam kenal org yg cekak pinggang dlm gambar tu...jauh mikir masa depan...
dia tengah mikir macamana nak panjat menara tu plk
Post a Comment