Kebetulan minggu lepas cuti sekolah,barulah aku berkesempatan sikit nak belajar2 memasak benda yang aku memang tak reti. Kalau setakat nak tengok resepi kat internet je boleh..tapi jadinya belum tentu. So senang aku belajar je dengan chef norlia(makmentua aku la tu). Permulaan ni aku belajar buat nasi minyak. Malangnya resepi yang aku salin tu dah diconteng2 oleh anak bertuah aku tu(saje pedengki tak bagi aku pandai masak). Tak dapatlah aku nak tulis kat sini. Tengok gambar jelah. Kalau ayam masak merah tu boleh la aku nak buat, yang masalah sikitnya nak masak nasinya dan dalca. Nampak gayenye kena refer ke dia semula la, tak pun aku tolong2 je la, dia masakkan..haha sampai ke sudahlah tak pandainya. Bukan apa takut kalau aku masak bukan rasa nasi minyak tapi nasi goreng!
Untuk sekampit tepung beras, bahan yang diperlukan 2 cawan gula merah. Sukat kena betul2. Kalau terkurang gula dia jadi keras, kalau terlebih sangat dia jadi hancur. Mak aku la yang bagitau tu. Aku tak tau apa pun.
Masa ni pun kena pandai bajet, kalau rasa adunan tu macam keras sikit tambah je sikit air panas. Kacau lagi. Kemudian biarkan adunan berehat dulu. Kita nak berehat tido sampai pagi keesokannya pun boleh sekali. Masa aku belajar ni, aku biarkan dalam 2 jam je.
Hari ni dengan bersemangat aku cuba buat sendiri. Berpeluh beb atas bawah nak menyiapkannya, eh bukan apa, panas sebab aku buat tengahari, masa hani tengah tido,kimi dah pegi kelas kafanya.Kena full concentration nak buat ni, kalau banyak gangguan dengan budak2 ni maunya masuk tong sampah je adunan tu.
Rasa sama macam yang mak buat tu tapi keras sikit ~ laki aku.
Ha kan aku dah cakap, nampak macam senang, tapi tak senang nak menjadi. Takpe baru 1st trial.
Pasni kalau dah terer boleh ambik ode la...muahahaha pigi da..
3 comments:
kuih ni best!! beli kat pasar malam, singgit bole dapat 10 ketul!!!
tahniah....jd wee...nnti ank opah
blik ktn nk wat gak....ank2 opah suka
kuih ni...
nanee: a'ah memang betul tu kat pasar malam singgit dapat 10,kat pasar malam balok tu dia goreng kat situ jugak sedap la makan panas2,tapi yang x bape bestnya tengok kaler minyaknya,buat sendiri puas hati,walaupun penat.
anty ju :hehe yg dalam gambar tu yang mak tolong buatkan sebab tu elok je jadinya,yang saye buat sendiri sogan nak tunjuk..
elok la tu..pastu suruh nanee yg tolong buatkan..haha
Post a Comment