Semenjak dah tak kerja ni macam2 perancangan dalam kepala nak belajar memasak. Tapinya tiap2 hari pack. Memang tak merasa nak dok rilek. Nak bersenang lenang melayan FB jauh la sekali. Farmville pun aku dah tak layan. Lantak kaulah nak mati ke kering ke. Baik aku melayan the real farmville aku. Banyak faedahnya. Nanti kalau ada masa aku update pasal real farmville aku.
Kebetulan minggu lepas cuti sekolah,barulah aku berkesempatan sikit nak belajar2 memasak benda yang aku memang tak reti. Kalau setakat nak tengok resepi kat internet je boleh..tapi jadinya belum tentu. So senang aku belajar je dengan chef norlia(makmentua aku la tu). Permulaan ni aku belajar buat nasi minyak. Malangnya resepi yang aku salin tu dah diconteng2 oleh anak bertuah aku tu(saje pedengki tak bagi aku pandai masak). Tak dapatlah aku nak tulis kat sini. Tengok gambar jelah. Kalau ayam masak merah tu boleh la aku nak buat, yang masalah sikitnya nak masak nasinya dan dalca. Nampak gayenye kena refer ke dia semula la, tak pun aku tolong2 je la, dia masakkan..haha sampai ke sudahlah tak pandainya. Bukan apa takut kalau aku masak bukan rasa nasi minyak tapi nasi goreng!
Resepi keduanya aku belajar dari mak aku sendiri, kuih peneram. Yang ni sonang yo..tak payah salin resepi pun,ambik gambar je. Sebab apa aku nak belajar buat kuih ni,sebab anak2 bertuah aku ni suka makan kuih ni. Daripada dia selalu makan hasil tangan orang lain baiklah aku buat sendiri. Nampak macam mudah tapi sebenarnya taklah semudah yang disangka.
Untuk sekampit tepung beras, bahan yang diperlukan 2 cawan gula merah. Sukat kena betul2. Kalau terkurang gula dia jadi keras, kalau terlebih sangat dia jadi hancur. Mak aku la yang bagitau tu. Aku tak tau apa pun.
Secawan gula putih. Ada setengah orang tak letak pun gula putih, guna gula merah je semua, tapi mak aku tak suka yang macam tu sebab rasa pahit sikit. Aku ngikut je apa yang dia ajar. Aku bukan tau apa pun(lagi).
Kemudian campurkan dua2 gula tu kemudian masak atas dapur dengan 2 cawan air. Masak sampai agak pekat sikit. Tapi jangan sampai kering sangat. Nak cakap sampai macam mana pun aku tak tau. Kalau orang yang biasa tu pandai la dia agak. Bila dah pekat sikit tu angkat dan terus curahkan kat tepung beras tadi. Kacau masa dia tengah panas2 tu. Of course la kacau dengan sudip ke senduk ke, kalau nak tangan masak sekali sila la kacau dengan jari jemari anda.
Masa ni pun kena pandai bajet, kalau rasa adunan tu macam keras sikit tambah je sikit air panas. Kacau lagi. Kemudian biarkan adunan berehat dulu. Kita nak berehat tido sampai pagi keesokannya pun boleh sekali. Masa aku belajar ni, aku biarkan dalam 2 jam je.
Bila dah bangun tido bolehlah kita canaikan adunan jangan nipis dan jangan tebal sangat. Buatkan bentuk bulat dan dilubangkan ditengahnya. Nak buat lubang 2 3 pun ikut suka la, takde sape nak melarang. Dan inilah hasilnya. Tak sampai 2 hari pun licin.
Hari ni dengan bersemangat aku cuba buat sendiri. Berpeluh beb atas bawah nak menyiapkannya, eh bukan apa, panas sebab aku buat tengahari, masa hani tengah tido,kimi dah pegi kelas kafanya.Kena full concentration nak buat ni, kalau banyak gangguan dengan budak2 ni maunya masuk tong sampah je adunan tu.
Rasa sama macam yang mak buat tu tapi keras sikit ~ laki aku.
Ha kan aku dah cakap, nampak macam senang, tapi tak senang nak menjadi. Takpe baru 1st trial.
Pasni kalau dah terer boleh ambik ode la...muahahaha pigi da..
3 comments:
kuih ni best!! beli kat pasar malam, singgit bole dapat 10 ketul!!!
tahniah....jd wee...nnti ank opah
blik ktn nk wat gak....ank2 opah suka
kuih ni...
nanee: a'ah memang betul tu kat pasar malam singgit dapat 10,kat pasar malam balok tu dia goreng kat situ jugak sedap la makan panas2,tapi yang x bape bestnya tengok kaler minyaknya,buat sendiri puas hati,walaupun penat.
anty ju :hehe yg dalam gambar tu yang mak tolong buatkan sebab tu elok je jadinya,yang saye buat sendiri sogan nak tunjuk..
elok la tu..pastu suruh nanee yg tolong buatkan..haha
Post a Comment