Dah lama merancang dengan kakak aku nak pergi makan kat sini. Ye lah dengar cerita macam sedap je. Kebetulan mak aku datang ke sini minggu lepas, terus la kakak aku ajak kesitu, aku on aje, lagi2 pulak dia nak belanja. Makan free beb, sape tak nak. Dah la aku dah tak kerja sekarang ni, mengharapkan ehsan orang je(teruk bebeno gayenye). Ingat ye kalau nak ajak aku keluar makan, sila belanja (confem takde orang nak ajak aku kuar makan).
Menu yang paling fofular kat sini, tak berapa nak ingat dah apa namanya, kalau tak silap kuetiaw hong kong ke kuetiaw kantonis, antara tu lah, sekarang ni cepat betul lupa, kalau tanya tarikh conpem aku tak ingat. Kalau masa keje tu lain la, sentiasa menghitung haribulan, tunggu gaji la,apa lagi..Berbalik pada menu ni, pada aku biasa2 aje. Apis, agaknya sebab awk dapat makan free, tu yang kabo sedap.
Aku ode nasi goreng lebak, yang ni boleh tahan la.
Sup ekornya sedap.
Yang ni bukan menu, anak bujang aku yang tengah hangin, puncanya dia tak bagi aku duduk depan dalam kete. Aku pun tak paham nape.
Keseluruhannya menu yang kami ode, pada tekak aku biasa2 je. Out of 5 aku bagi 3.
2 comments:
dengar cite mee udang paling best.tp opah x try lgi...
la ye ke..tak tau pulak, nanti kalau opah dah try boleh la buat review sikit :-).
Macam tak sesuai je saye panggil opah,aunty ju lah. Panggil kak pun sesuai je lagi..hehe
Post a Comment