Friday, January 22, 2010

Kenangan terindah..

Waa...tajuk, macam lagu je. Bukan nak cite pasal lagu pun.

Hari ni kat opis takde keje apa sangat melainkan mengemas barang-barang untuk pindah nanti dan barang2 aku, seminggu je lagi lebih kurang aku sebagai pekerja kat sini.

Tinggal kenangan, nilah meja aku selama 4 tahun aku bekerja disini. Lagi 4 tahun sebelumnya diKL.
Ye meja ku memang selerak, tapi aku ok je, janji jangan ada orang yang kacau atau kemaskan, kalau ada alamatnya banyak la benda yang aku tak jumpa cari. Kerja kat sini merasa la ada bilik sendiri, lepas ni kalau kerja kat tempat lain pun mungkin tak dapat dah apa yang aku dapat kat sini. Tapi kena jugak berfikiran positif, mungkin Allah dah menjanjikan sesuatu yang lebih baik. Memanglah kadang kita rasa dah cukup selesa dengan apa yang kita ada sekarang, rasa macam malas dah nak masuk zon lain, tapi dalam hidup kita ni kena sentiasa percaya kepada qada' dan qadar. Setiap dari kita pasti akan diuji. Cuba untuk memotivasikan diri sendiri, huh.
Ok, dah kemas (sikit).
Kenangan lagi...tengah aku kemas2 laci meja jumpa pulak kad walimatulurus aku 5 tahun lepas. hehe. Tak sangka pulak ada tersorok sekeping kat sini.
Very simple.

Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu
pasangan-pasangan (jodoh) dari makhluk (jenis) kamu sendiri
agar kamu condong kepadanya dan merasa tenteram dengannya
kemudian Allah menciptakan kasih dan sayang di antara kamu
Surah Ar-Rum:21

Tu jelah cite petang jumaat ni.

2 comments:

Qastalani® said...

kira da berenti betol la nih? banyak masa terluang nih! Bole join kelas pilates di IM. RM35 untuk 8 jam!

Badan sihat! Minda pun cergas! Lebih bertenaga!

LINA said...

ni memang dah betul bentinya, tapi mungkin kena tolong jugak dalam 2 minggu kat teluk kalong,x tau lagilah camne..

Badan sihat!Minda pun cerdas!Lebih bertenaga!- nanti laki den yang tak berapa betenaganya sebab bayak fulus dia keluar,ha2