Thursday, January 21, 2010

Belajar masak lagi

Masakan ni pun dibuat masa mak aku ada kat rumah aku. Kalau nak harapkan aku je memang tak merasa la masakan style orang dulu2 ni. Menu masakan harian aku memang payah sikit la nak jumpa yang bersantan2 ni. Dalam setahun boleh dibilang dengan jari je bape kali aku memasak guna santan. Balik2 sup sayur, goreng ikan, tak pun bakar ikan, tak pun sup ayam, tak pun asam pedas, pi mai pi mai hak tu la jugak. Senang kan?sebab apo? sobab laki den ni suko makan yang sup2 yo..yang lomak2 ni sekali sekalo bolehlah. Sampai kadang2 den ni pun dah tak tau nak masak sup apo dah, nasib laki den tak keno buat sup..opps

Ha..gitulah kaedahnya. Kali ni nak tunjuk masak sambal pucuk ubi tempoyak ke hape namanya, tiba2 aku hilang ingatan jap apa nama sebenarnya. Kalau orang pahang memang taulah(kut). Masak benda ni aku memang aku tau. Cuma rasanya mungkin tak sama dengan mak aku masak. Haha reti ke tu namanya.

Bahan2 yang diperlukan, kalau ikut dari gambar ni,
pucuk ubi -yang paling banyak sekali tu
cili api - kena banyak, tak pedas tak best
bawang besar - dihiris
serai - pandai2 la agak sendiri
bawang kecik, bawang putih, kunyit hidup - pandai2 la ko agak sendiri
daun kunyit - tak perlu banyak sangat
daun kesum - sikit je
daun kadok - sikit je
santan - agak2 dia tak jadi gulai

Kalau ada petai ke, terung peluru tu ke boleh jugak nak isi, daun2 lain tu mungkin boleh tapi aku tak pasti la daun apa, ni kena tanya mak aku la. Tapi idok le boleh isi sawi ke kobis ke kangkung ke, nanti dah tak jadi rasa yang ori.

Semua jenis daun2 tu dimayang halus. Cili api, bawang putih, merah, kunyit hidup diblend sekali. Serai diketuk2 sahaja.
Bahan yang berikutnya, ikan bilis. Pandai2 la agak sendiri banyak mana. Kalau ikut versi aku nak ganti udang boleh kut, tapi aku tak penah lagi la jumpa orang buat ni isi udang, memang ikan bilis la. Aku je yang memandai. Ikan bilis ni ditumbuk je.
Campak je semua daun2 dalam kuali, curahkan bahan2 blend, ikan bilis, serai dan santan.
Dan bahan yang penting sekali tempoyak. Jugak pandai2 la agak sendiri, tapi kena banyak jugak, bak kata orang pahang, kena beledok dengan tempoyak tu. Pastu masukkan garam dan bahan perasa sekiranya suka, kat rumah aku memang takde bahan perasa, so ganti dengan gula sikit.
Masak sampai agak2 kering. Dah siap. Gambar yang dah siap lupa pulak nak ambik. Imagine sendiri je lah.

Mak lada banyak ni cukup tak? bawang banyak ni cukup tak? bla bla...sebab tu aku tak tau nak cakap sukatannya banyak mana, sebab semua aku tanya mak aku je. hahaha

3 comments:

Qastalani® said...

nikmatnye! Makan pulak dengan ikan jeruk.. Panas2.. okeh.. sila kembali membuat kerja, Qastalani

LINA said...

Woi lapolah bila sebut ikan jeruk, rasa nak meleh ayo lio..dah la puasa ni..ish2

Chenoreans said...

adusss...windunye pucuk ubi.....