Monday, December 21, 2009

Hari ini dalam sejarah

Hari ini dalam sejarah kami sekeluarga. Kalut seisi rumah. Pasai apa? Kawasan rumah kami dinaiki air. Mujur tak masuk dalam je, lagi seinci je air nak masuk.

Hari jumaat baru ni kan hujan lebat di kuantan. 18/12 bersamaan dengan 1 muharram (tarikh kejadian berlaku). Masa tu aku dok bersantai depan tv dengan budak2, mizan tak balik sembahyang jumaat lagi, stuck kat surau sebab hujan lebat sangat tak dapat nak balik. Rumah aku sebelah surau je. Dalam pukul 3 baru dia dapat balik, terpaksa redah jugak hujan lebat.

Sampai2 rumah, dia panggil aku keluar. Agaknya kalau dia tak panggil sampai ke sudah aku tak tahu kawasan rumah aku dah naik air. Dah dok dalam rumah tutup semua sliding pintu tingkap. Kimi apa lagi kalut la jugak dia. Aku apa2 hal cari kamera dulu..hehe, tapi sayangnya kamera mizan tetinggal kat tempat keje dia. Hampes je, dah gambar ala2 je guna hp, tapi boleh la dari takde langsung.


Ni masa air tak berapa naik sangat lagi.
Boleh nampak kan hujannya lebat sangat, air dah mula naik.
Dah jadi banjir kilat, air memang cepat je naik. Rumput dah tak nampak.

Kat tepi sliding.

Kejadian ni berlaku kat rumah kami je, sebab rumah kami ni paling tepi. Sistem perparitan tak bagus kat sini.

Kat tepi rumah.
Air ni turun dari bukit sebelah. Disebabkan sistem perparitannya tak taulahapaakunakcakap, maka dia tak dapat menampung air yang mengalir laju dari bukit.
Akibatnya rumah kamilah yang jadi mangsa.
Dah macam aku jemur kain baju dalam hujan pulak, sebenarnya bawah atap tu.
Lengkuas pandan, semestinya ni kat belakang rumah.
Aww..kaki sapelah tu
Posing je lebih dengan cangkul tu, padahal bukan boleh buat apa pun, setakat nak gali dengan cangkul takde maknanya, sila buat aduan segera ke pihak yang berkenaan supaya tindakan yang berkenaan dapat dapat diambil sebelum kita merasa tido dalam air.
So jangan sangka rumah atas bukit tak dinaiki air. Macam2 hal boleh berlaku sekarang ni.



selipar jepun aku bawak pegi keje hilang dibawa arus ntah kemana..sob2, ha..jangan tak tau..orang lain ber heel2 kasut pegi keje, aku pakai slipar jepun je..

3 comments:

Qastalani® said...

fuyyooo.. best nye banjir!

naseb slipar jepun yang hanyut. kalau clarks baru.. gagagagagga

LINA said...

air x masuk dalam rumah best le..cuba kalau masuk rumah,nangis

kalau clarks yang hanyut..beli je le sliper jepun lg se,pakai la yg tu sampai ke sudah

Chenoreans said...

fuyyo bestnye main air..bleh buat kuak lentang kt depan rumah tu..hehehe alaa takpe sliper jepun yg hanyut.bleh beli skarung lagik kalo nak..heheheh...