Monday, December 21, 2009

Mengukur jalan

Hari jumaat malam kami tidur di rumah mil aku. Hati risau jugak takut hujan lebat lagi, alhamdulillah hujan tak selebat masa kejadian banjir tu, so bolehlah tido lena malam tu.

Hari sabtu di sebabkan tak tau apa nak buat kat rumah mil, hujan pulak tak berenti2, kalau kat rumah sendiri boleh la nak berlingkar kat depan tv ke, ni kena la jaga adab kesopanan dan kesusilaan kan, macam la ko tak tau kan :p. Maka aku mengajak mizan test power jauh ke teluk kalung. Nak bagi puas hati, sebab hari tu aku dah cakap nak survey dulu tempat tu. Ok set meter set jam, jalan. Maka sekarang ni dah puas hati, perjalanan mengambil masa 1 jam (one way) dalam keadaan jalan biasa bukan hari kerja, jauhnya 100 kilo (pegibalik).

On the way balik tu singgah jap di kemaman nak beli satar dan otak2 best. Tempat ni glemer kut. Kununnya nak makan ikan goreng tepung, tapi dah kimi tido lupakan aje hajat tu, kalau tapau takut tak best pulak.


Tu aje cerita hari sabtu.

No comments: