Wednesday, December 23, 2009

cerita anak2

Tahun depan kimi dah start ke tadika. Risau aku memikirkan dia ni. Takut je dia payah nak dengar cakap cikgu. Dia ni kalau dah A kata dia, A lah jugak. Payahlah nak dipujuk. Bercakap tak reti perlahan. Mulut tak reti diam. Dia pun tak dok diam. Hish camne nak ke sekolah ni..
Mudah2an bila dah ramai kawan nanti dia retilah dok diam dalam kelas.

Hari sabtu ni 26/12 befday dia ke4. Kalau ikut tahun, tahun depan dia dah 5 tahun, kalau bilang bulan memang mudalah dia.

Sekarang kalau malam dia dah macam rajin sikit nak mengusik buku, sebab selalu cakap ke dia tahun depan dah nak sekolah. Tapi dengan syarat tv jangan dipasang. Kalau pasang tak sampai 5 minit dia ngadap buku.

Ni dua malam lepas, aktiviti mewarna. Padahal buku dengan warna tu dah berzaman aku beli, barulah nilah beria sikit dia belek.

Warnanya banyak, tapi dah bersepah ntah kemana.
Sambil2 dia mewarna tu mulut pot pet jugak

mama uncle azan makan tak buah anggur ni?

mama uncle azan makan tak buah ni(tunjuk langsat tu)

mama uncle azan perut dia buncit tak? Letih aku nak menjawab budak ni kalau dia bertanya, selagi tak jawab selagi tulah dia akan tanya. Macam la ko penah sangat jumpa uncle azan tu. Idola dia sungguh.

Pastu terpaksa berubah tempat sebab adiknya suka sangat mengacau
mama uncle azan makan buah ni tak(tujuk ke nanas tu)

tunggulah mama inteview uncle azan dulu kimi..manalah mama ni nak tau
Adiknya ini kerjanya, buat sarung kamera jadi kasut dia
Pastu jalan kehulu hilir, tengok kat kaki dia tu
Nak marah pun tak jadi tengok ke perangainya tu

2 comments:

Qastalani® said...

kah.kah.kah. adik sape-sape pun dia p kacau!

kimi banyak bercakap + banyak bertanya. baguslah tuh. Daripada budak jenis berdener nak gelepek dengan mak mcm anak koala. Itu lagi susah!

LINA said...

memang la bagus budak banyak bertanya..tapinya yang tak tahan tu kalau masa kita tgh serabut dia sibuk tanya itu ini, rasa nak seletep je mulutnya,kalau kita jawab 'tak tahu' lagi dia kan tanya,menyirap je kadang tu