Thursday, October 8, 2009

Hari raya kedua

Hari raya kedua dah jadi kebiasaan kami untuk menziarahi kubur arwah ayah. Majlis tahlil kat kubur ni diadakan secara besar2an pada hari raya kedua.Memang ramailah kaum kerabat sanak saudara arwah2 yang datang untuk sama2 bertahlil.Yang uniknya majlis tahlil ni setiap yang datang tu akan diberi duit,tak kira berapa usia.Duit ni datangnya dari sedekah orang ramai yang dikutip sebelum majlis tahlil.Kalau ko rasa banyak duit sedekahlah banyak2.Bersedekah tu banyak pahalanya sekiranya kita ikhlas.
Tahun ni tahlil diadakan lewat sikit,pukul 9 pagi.Kebiasaannya pukul 830 pagi.Mungkin ramai yang mintak dilewatkan sikit sebab ramai yang datang dari jauh,termasuklah kami.Alhamdulillah kami sampai tu tahlil baru nak dimulakan.Kalau tak dah separuh baru kami sampai,almaklumlah nak bersiap tu bukannya cepat,dengan budak2nya,nak tunggu turn mandinya,nak buat sarapan lagi.Memang kecohlah pagi tu,tapi semua tu dah jadi biasa.



Inilah kubur arwah ayah,semak je.Anak2nya semua sibuk sangat agaknya sampaikan takde masa nak datang kesini nak membersihkan kubur.Termasuklah tuan blog ni.Perlu take note next time.

Mak dihadapan kubur arwah suaminya,lelaki yang hanya sempat hidup bersamanya selama 16 tahun sahaja,terlebih dahulu pergi meninggalkannya bersama anak2nya yang masih kecil,meninggalkannya dengan tiada bekalan harta.Mengajar dia untuk menjadi seorang ibu yang sangat tabah untuk membesarkan kami adik beradik.Shes the only mother in our live.(oppss teremo pulak..) Dalam gambar ni nampak tak ramai sangat manusia,tapi yang realnya memang ramai.Lelaki yang berkopiah putih tu sedang mengagih2kan duit derma dari orang ramai tu. Hari pun makin meninggi dan panas.Majlis tahlil berakhir dalam pukul 10 lebih kalau tak silap.Semua beransur pulang meninggalkan pusara2 yang sepi,meninggalkan arwah2 dialam sana dengan dunianya. Dihari raya kita digalakkan untuk kunjung mengunjung,saling bermaafan antara yang hidup.Namun kita juga digalakkan juga untuk mengunjungi pusara2 ahli keluarga untuk memberi peringatan kepada kita,suatu hari nanti di sinilah jua tempat kita semua akan kembali.

Al-Fatihah untuk arwah ayah Mohamad bin Chik..

2 comments:

YASPOWER said...

Blog yg amat sedih dan menyanyat hati. Telah ku Al-Fatihah juga, insya-allah.

For more info on soccer, pls visit http://www.aptconnections.blogspot.com/

For more links on tourism, pls visit www.yastini.com

For more links on technology, pls visit www.yasthirah.com

HAPPY BLOGGING!

LINA said...

SF : haha blog yg amat sedih dan menyayat hati,bukan semua..banyak cerita gembira pun.
thanx.