Wednesday, October 7, 2009

Raya pertama

Hari raya pertama sebelah pagi tak jalan kemana sangat.ke rumah jiran je.Budak2 pun takde sangat datang sebab kalau orang tak tau mesti ingat rumah aku tu ramai orang sedang beraya,sebab banyak kete yang parking.Tahun ni ramai yang beraya kat sini ada 10 biji kete keluarga park kat depan dan tepi rumah.Raya kedua barulah clear sikit sebab ada yang dah balik.

Sebelah petang baru kami pergi beraya ke rumah mak2 saudara. Mak2 saudara ni kakak arwah ayah aku.Jarang datang kesini,melainkan hari raya atau ada majlis kenduri.Dah kebetulan hari raya ni kami anak2 sedara ni beramai kerumahnya.Merapatkan yang jauh.

Kalau aku adik beradik datang penuh la ruang tamu rumah dia.
Kuih2 dia simple2 je,tapi tak tau la nape rasa macam sedap je.Nak kata sebab lapar idok pulak rasanya.
Terutamanya kuih siput ni. Kuih ni dia buat sendiri. Kuih ni payah sikit nak jumpa. Kebanyakan yang biasa jumpa biskut2 yang bermacam2 kaler.makan 1 2 dah serender. Tapi kuih siput ni hampir nak habis 1 bekas tu kami makan,nasib rumah mak sedara sendiri.Kalau tak buat malu je.
Tengok kan kuih dia simple je.
Ni la mak sedara yang kami panggil mokde.Orang sangat lawak.Kalau bersembang dengan dia mesti nak gelak je.Adik beradik arwah ayah aku memang lawak2.
Kemudian ke rumah mak sedara yang kami panggil makwe.Kat sini pun masing2 makan macam tak hengat.Ketupat palas licin dibahan oleh anak2 saudara dan cucu2 saudaranya.Nasib rumah mak sedara..hehe
Segan sikit nak ambik gambar masa makan kat rumah makwe ni,ke kamera tetinggal dalam kete,aku pun dah tak bape ingat.Kat luar rumah budak2 dengan aktiviti masing2.

Dah pukul 6 lebih baru beransur balik. Berakhir dah hari raya pertama.

2 comments:

Qastalani® said...

dan biskut conflakes paling laju kan!

LINA said...

ha yang tu betul sangat,kalau buat masa nak isi dlm cup tu pun dah banyak kena ngap