Hari sabtu tu takde aktiviti kat rumah,bebudak ni dah ngelupur nak jalan2.Akhirnya semua setuju nak pegi tengok gajah dengan rusa.Macam biasa jugak budak yang over excited adalah kimi.Masa lunch tu aku siap cakap siapa nak tengok gajah kena habiskan nasi,laju je dia habiskan nasi.Kami kuar rumah lepas zuhur sebab aktiviti bersama gajah ni bermula lepas zuhur sampai pukul berapa tak ingat dah..kalau tak silap dalam pukul 4 kut.
Kalau orang luar panggil tempat ni kuala gandah,orang tempatan macam aku ni panggil gondoh je..hehe orang kampung..Dari rumah mak aku tak jauh pun dalam 10km lbh kurang 15 mnt perjalanan.Sampai2 je makaii..terkojuit jap aku tengok tempat tu dah berubah sangat,last aku pegi kalau tak silap tahun 2006 ke 2007,antara tu la.Tempatnya dah besar sangat,banyak gambar aku ambik kat kawasan tu tapi ada orang tu terdelete semua gambar2 tu..kaciwa den,yang tinggal gambar2 ni je le..
Pelancong memang ramai datang sini,tempat baru yang diaorang buat ni memang happening la dari dulu,ramai yang bawak makanan berkelah makan ramai2.Kalau yang datang dari jauh tu memang elok sangat la bawak bekal sebab tempat makan ada 1 je kut.Semua yang datang dimestikan mendaftar dulu,pastu akan dapat sticker lekat kat
Sampai2 je dah dengar bunyi gajah mengaum(haha macam lawak pulak gajah mengaum..tak tau la apa yang sesuai untuk gajah,aku hentam je tu).Haha ada budak sorang tu kununnya dari rumah semangat gila nak tengok gajah,bila dengar je bunyi gajah terus menyelit je kat belakang wannya.Caitt..kunun berani sangat..
Masa ni aktiviti bermesra dengan gajah..boleh gitu?Lebih kurang la..ko nak pegang,peluk,cium gajah tu silakan la takde sape nak melarang,nak naik gajah pun boleh..nampak tak orang naik gajah kat belakang tu
Masa ni cuaca memang panas gilos,ditambah pulak orang ramai lagi la panasnya..walaupun dikelilingi hutan.
Lepas aktiviti bermesra,aktiviti bermandi manda dengan gajah pulak.Sungai tu tak dalam pun,budak2 pun boleh mandi skali.Mat saleh la yang paling soka skali mandi2 dengan gajah ni.Kalau aku macam seriau jugak,takut je time gajah tu tumbangkan badannya tiba2 dia betul2 jatuh hempap atas kita..wuii penyek..imaginasi aku je tu,padahal takde pun gitu sebab semua ni gajah dah terlatih.
Memasing nak bergambar kenangan dengan gajah..hehe
Ha ni la dia budak penakut..dari awal sampai sudah dok nyelit kat wan dia je.Dok pegang bird dia je,tak tau la takut sampai nak terkencing gamaknya..masa kat rumah aku la orangnya,bila dah berdepan kelu lidah seribu bahasa.Dalam gambar2 yang ada takde pun gambar dia dengan gajah..dok jauh2 je
Dah abis tengok gajah,pegi tengok rusa pulak..budak penakut tu lagi lawaknye..next cite,berjanggut aku nak mendownload gambau.
No comments:
Post a Comment