Kat sini nak masuk kena bayar.Murah je..org dewasa 5hengget, budak2 3-11 thn 3 hengget sebab ni tempat persendirian.Masa kami sampai tu orang boleh tahan la ramainya,takde la seramai kat tempat gajah tu.Mungkin diaorang dah datang sini dulu baru ke gajah.
Kawasan dia luas,rusa dilepaskan bebas(bebas dalam pagar dia la).Mula aktiviti memberi makan rusa.Pengunjung yang datang akan diberi sebakul keledek potong.Pastu ko suap la rusa tu makan,tak cukup keledek tu dengan baju2 ko abih dikepatnya.
Rusa2 semua ni jinak,hari2 ada orang melawat dia.Dah tak heran pun.Nampak tak budak baju merah yang nyuruk kat belakang wannya tu?
Tempat ni gemer jugak,dah penah masuk majalah 3 dulu dan beberapa rancangan lain
Hani je la yang cool,dia selamba je tak takut apa.Dengan mokdenya
Selain rusa ada lagi binatang lain,lebih kurang macam mini zoo la.Macam bear ni aku lupa dah namanya apa,kalau nak bermesra dengan dia blh jugak.Bagi dia minum susu..bertepuk tampak dengan dia,ada berani?kalau aku idok le..
Dah macam makcik senget dah aku ni,dengan kain lampin selempang kat bahunya,tapi pedulik apa aku..peluh tu tak yah cakap la.macam mengalir je..hihi,sihat apa,daripada hari2 dok depan pc melebarkan muntut kan elok weekend buat aktiviti yg mengeluarkan peluh mcm ni.. Amirul(anak buah) dalam takut2 berani pegang ular,padahalnya kaku jgk tu..maunya tak takut,tiba2 ulau tu ngap ko skali,habis..Kimi masa tengok ular ni sebatu jauhnya dia duduk
Rombongan cik kiah bergambar sebelum beransur balik..
Welcome to deerland park,up close and personal with the wild life ~ bukan aku yang cakap tu,tu aku ikut apa yang tertulis kat signboard dia tuh..
Dalam pukul 5 tu kami pun balik..masa nak balik ada 1 bas pulak tourist cino ntah dari mana sampai,makin meriah la kandang rusa tu..
Fuh lega nak balik dah..dalam hati kimi
No comments:
Post a Comment