Tempat: Sunway Lagoon
Peristiwa: Pro* Family Day
Setelah sekian lama menunggu akhirnya berjaya jugak company aku mengadakan family day.Sepanjang 7 tahun aku bekerja dengan company ni,ini adalah kali ke2 family day diadakan.Company ni bukan la kaya sangat pun..tahun ni agaknya income lebih sikit tu pasal boleh buat family day (mati la kutuk tempat kerja sendiri).Aku tak kisah sangat,yang aku kisah gaji aku tiap2 bulan masyuk ke tak..hehe
Kami di kuantan ni diberi cuti pada hari jumaat tu,ye la kan tak kan hari sabtu tu baru terhegeh2 nak ke sunway lagoon,maunya tengahari baru sampai.Hari jumaat tu kami berkonvoi ke HQ kat setiawangsa tu.
Ni masa kat hentian lanchang sementara nak tunggu geng2 yang lain sampai,kitaorang ni dari rumah mak aku je,sebab tu cepat.


Budak tak pernah jumpa bunga raya


Kununnya aku la yang jadi leader ke sana sebab yang lain tu tak tau jalan.Sekalinya bila dah nak sampai sangat dah kat opis aku tu aku boleh jadi konpius pulak nak masuk jalan mana(aku dari taman melati malas nak ikut mrr2),sebabnya jalan dah berubah sangat.Dah ada lebuhraya baru,DUKE.Bila dah tak tau nak masuk jalan mana,hentam je la masuk je DUKE tu,hambik ko pusing semula sampai ke gombak.Dari gombak tu nasib la takde jalan yang berubah,ok la takde sesat memana.Nasib mizan ni terer jugak jalan kat KL ni.Nampak sangat dah lama aku tak ke sini,tu la kan kat kl ni biarpun tempat tu dah nampak depan mata ko je tapi kalau dah silap masuk simpang/jalan..alamatnya ngukur jalan la :-p
Sampai HQ dalam pukul 12 lbh,cong ceng jap kat situ baru la kami ni bertolak pulak ke sunway,nak chek in.Dah sampai ke sunway tu dah satu hal lagi nak cari hotel.Kalau sunway resort/hotel tu takpe la kan memang sume orang tau.Aku ingatkan diaorang yang bawak kami tu tau tempatnya,sekalinya diaorang pun tu 1st time baru nak jejak kaki ke hotel tu,adoii bengang betul la.Terpaksa la bape kali terpusing2 kat situ,dah la nak kejar sembahyang jumaat lagi.Lastnya mizan sembahyang je dulu kat masjid seberang jalan tu,aku anak beranak dok je la nunggu dalam kete.Dah siap sembahyang tu baru dapat check in,padahal hotel tu senang sangat..sebelah sunway pyramid tu je.
Ishh2 buang masa je..
Petang tu memasing buat aktiviti sendiri je.Aktiviti kami?Next cite..hehe
No comments:
Post a Comment