Friday, April 10, 2009

Aktiviti petang yang menyakitkan hati

Petang tu lepas asar kami ke sunway pyramid.Tak kuasa nak ke tempat lain tengah jem gitu.Aku ni dengan semangat yang berkobar nak kesana,maklum la kan sekarang ni tengah sale..

Jalan kaki je..bukan jauh pun

Dalam kepala aku nak ke jusco tu je

Tapi tu lah kalau dengan kimi ni,berangan je lah kalau nak nyoping bawak dia

Mula masuk je dia dah buat perangai tak nak dipegang,aku dah membara dah masa tu,belum nak nyoping benda2 lagi.Kimi ni bukan boleh kalau kita dok nak memilih apa2,dia kalau boleh nak berjalan je kehulu hilir,naik lif turun lif,naik eskalator turun eskalator,kalau macam tu suka la dia.Kalau dia jumpa mainan yang dia suka memang dia tak kan bergerak kemana.Dah tu tak leh nak buat apa la,tak kan nak biarkan dia sesorang,nanti soping kemana anak kemana.Masuk jusco pun kejap je,tak sempat aku nak nyoping,sampat sambar selai je jeans hani.Pastu cepat2 je keluar,mizan pun dah menyinga masa tu dengan kerenah kimi.
Kuar dari jusco tu masing2 dah kebulur sebab tengahari tu tak lunch pun,terpusing2 la kat dalam tu nak cari tempat makan.Last2nya makan kat kenny rogers.

Nak makan pun payah


Hani bagi susu je terus tido,setakat ni dia memang senang bawak berjalan

Muka babaknya dah macam singa,geram ke kimi campur lapar

Makanan aku,sume licin liau..hehe

Spageti yang tak sampai separuh dia makan,abahnya yang ngabiskan.Kalau kat rumah tu boleh bertambah makan kalau aku masak spageti,agaknya spageti yang mama masak lagi sedap dari kenny rogers.. :-)


Dah siap makan cepat2 balik hotel,masa tu dah pukul 8 lebih.Balik dalam keadaan yang geram.Kat dalam sunway pyramid tu kimi kena jugak 2 3 das dengan aku.Dok dalam bilik senang sikit,ko nak terlompat ke hapa ke ikut suka la.Tapi rasanya boleh dengar sampai ke luar suara aku jerit ke kimi.Nasib la..:-P

No comments: