Sunday, December 9, 2012

Pola pemakanan budak bertiga ni

Aku rasa ramai ibu2 yang mengalami masalah yang sama macam aku alami. Wah ibu2 tu..rasa macam dah tua pulak sebut gitu..hehe (memang dah hakikatnya dah tak berapa nak muda pun). Masalah anak susah nak makan nasi. Ce kalo tua macam kita ni, sari tak makan nasi macam ada yang tak kena je dengan perut ni. Macam2 termimpi2 jek ke nasik..haa..tu memang tahap melampau jugak tu.

Antara budak bertiga ni, kimi yang paling susah nak makan nasi. Tak tau la rasanya dia rasa macam rugi je kalo makan nasi. Kan kalau dah makan nasi ni cepat rasa kenyang, bila dah kenyang nafsu nak makan benda2 merapu ni jadi kurang sikit..jadi x dapatlah dia makan benda2 merapu. Jadi dia rasa macam rugi. Ini teori aku je. Benda2 merapu kat rumah ni takdelah macam twisties ke dan seangkatan, coklat ke, biasa roti dengan biskut2 je. Pastu aku suka buat kuih2. Pasal tu kimi kurus.

Kadang tu kita ni punya la semangat memasak nak bagi dia makan, tapi tak jamah pun..eh kadang ke, patut la anak tak berapa nak makan, dah yang selalunya takde  semangat..hahaha. Boleh jugak dikatakan macam tu. Malaiisshh..

Hani bab makan tak berapa ada masalah sangat. Cuma kadang2 ada jugak masanya dia tak nak makan nasi.  Dia makan nasi putih sahaja tak payah kuah or lauk pun boleh je gi. Bab makan benda2 lain ni laaagiiiii takde masalah. Jarang sangat benda yang aku masak dia cakap tak sedap. Kecuali sayur la. Feveret dia nasi putih dengan telur mata, siap bertambah2 makan. Tak abih2 puji sedap. Pasal tu hani gemuk, dia ni dah nak hampir telebih berat. 4 tahun, sekarang berat dia mungkin 20kg or lebih. Memang kena kontrol sikit makan.

Hana setakat ni ok je makan, ada budak baya dia macam susah jugak nak makan kan. Dia ok je nak makan nasi 2x sari.


2 hari lepas aku buat donut, kimi dan hani memang tak makan nasi la. Masalahnya ko tengok rupa donut aku ni, rupa donut ke..batang kayu. Tengok rupa pun memang dah tau tak jadi. Ada masalah dengan yis kut, dah bape kali aku buat guna yis yang sama memang tak naik. Yis tu lama disimpan dalam peti. Sebelum2 tu buat guna yis yang lain elok je jadi. Hahaha..malu nak ngaku tak reti la tu. Betul ni..entry aku yang dulu2 ada cite pasal buat donut, elok je jadi. Kan? kan? kan? :-p

Itu jelah aku nak cerita pasal budak2 ni yang memang takde kecintaan nak makan nasi, donut keras pun takpe..tetap sodap. Kalau aku buat kuih2 yang lain pun sama jugak..pada aku takdelah menjadi sangat. Tapi bagi diaorang tetap sedap, sampai tak payah makan nasi.

2 comments:

erdanisa said...

Kami nasi lover.. makanan lain pn lover jugek.. hikhik.. sbb tu smuanya tombam.. kihkih.

LINA said...

hahaha..letih mmasak tu..