Wednesday, June 6, 2012

Try korean food @Potato Spring Cafe

Yang ni memang dah plan dari awal. Memang siap google cari, banyak la tempatnya kan kat kl. Sian
 kat kuantan satu pun takde. Kalau kat hotel, tak tau la kut kalau ada. Lepas ke Pusat sains terus ke sini.

Cari tempat yang senang je dan yang penting sekali yakin halal. Spring cafe ni kat sri gombak. Elok la kan nak balik kuantan pun senang. Kalau ke mid valley ke dah jauh pulak nak balik. Mula2 melilau jugak cari, ingat kat area Ani sup utara tu, rupanya depan lagi, jalan dia macam naik bukit sikit belah kiri. Kedai dia tak besar pun.

Sian kimi keletihan galak sangat dapat main dengan dinosour. Lupa nama air ni apa.strawberry apa ntah, best. Rege 5.00, diaorang bertiga minum air yang sama, aku je air suam dan air limau suam.
 Kimi punya tak korea, western, aduii seme tak berapa nak ingat dah namanya..rasa standard je lah yang ni. Rege 15.00.
 Hani punya, kalguksu namanya. Sesuai untuk budak, memang tak pedas langsung. Pada tekak aku biasa je..mee masak dengan seefood. Kalau pedas lagi sedap kut..regenya 11.00. Tak habis pun dia makan, dok berebut makanan kimi.
 Ni aku punya..bulgogi, yang ni ok la sedap la, tak tau kut masa tu masing2 memang tengah kebulur ke..memang licin makan, nasi tu nampak macam banyak, tapi sikit je sebenarnya. Tak sah la kan kalau tak try kimchi, rasa ok la pedas2 gitu. Kimchi tu sikit sangat, aku dan jamah sikit je, yang lain dibaham oleh naga, yang ni 18.00 hengget..tapi memang kenyang.
Hok ni mizan punya, bibimbap, rege kalau tak silap 11.00 jugak. Cara makan dia gaulkan je tiga2 bahan tu pastu silalah makan. Dalam mangkuk tu ada nasi dengan sayur2, telur mata, rasanya tak reti nak cakap camne..pedas, ok la not bad.

Kat sini aku ingatkan korean food sahaja, rupanya tak banyak sangat pilihannya. Western ada, makanan tempatan pun ada..asam pedas, nasi lemak, dll.

Overall sedap, tapi aku rasa macam tak puas je makan. Macam ada yang kurang.
Rasa macam nak pegi korea je..
B.E.R.A.N.G.A.N.

1 comment:

abah said...

moh kite gi korea plak