Sekarang ni kami berada kat shah alam menghadiri majlis kenduri kahwin cousin mizan, kira cousin aku la jugak, tapi kira cousin bersebab, ada ke gitu? sebabnya aku kawin dengan mizan, kalau tak takde kena mengena pun. Saje je nak mengcomplicatedkan keadaan..
Majlis akad nikah buat kat rumah depa kat subang permai. Majlis resepsinya kat wisma PKPS shah alam. Bapak pengantin ni somebody la jugak..
Malas nak cerita panjang, tengok gambar je senang..
Hantaran, takdenya nak gubah sendiri, satu hantaran upah gubah rm200, 9 hantaran, orang berduhet ni lain kan, kalau aku rasa sayangnya, takat letak riben2, pastu letak bunga hidup..bukan payah pun..cuuuuutttt..ce ko cuba buat sendiri jadi ke dok..hahaha ni cakap orang tak berapa nak berduhet sangat. Truly simple tapi cantik..
Pengantin lelaki tengah dengar ceramah dari tok kadi..ntah dia dengar ke tak tu. Bapak pengantin perempuan yang nikakan sendiri.
Pengantin perempuan, lain mukanya lepas dimekap, nampak macam garang sikit.
Majlis diaorang ni simple je tapi cantik la..
Sesudah majlis, budak baju biru tu tudung ntah ke mana, sibuk ke makan je. Letih sangat kununnya lepas bertreadmill kat belakang, berpeluh2, dengan toksu
Bukan saje set gambar macam ni, tak perasan kimi yang tukar. Ni masa majlis resepsinya.
Nampak tak budak tudung coklat kat sebelah aku tu, kejenya makan je
Dari bangun tidur..ke wisma PKPS ni mengunyah je kejenya..dah la tu banyak sweets kat situ, kenduri la dia
Pelamin, aku tak makan kat dalam dewan pun, malas nak bersesak, kat luar pun sama jugak makanannya.
Ni biasalah bila kenduri, jumpa sedara mara
Bersandingnya pukul 130. Simple je baju pengantin but still nice
Hana yang tak reti dok diam, nak tido tapi bising..last2 pukul 4 baru tertidu sebab dah mengantuk sangat2, tima kasih moksu bagi pinjam TnT..
Lastly dapat jugak bergambar dengan pengantin..silalah telengkan kepala.
Malam ni majlis untuk vip pulak, buat kat kelab golf mana ntah..lupa pulak. Kami tak pergi dah, sebab hari ni dah nak balik ke kuantan dah..kalau boleh pergi pun memang tak perginya sebab hanya untuk couple sahaja..abih yang 3 lagi tu letak mana kan..
No comments:
Post a Comment