Saturday, December 24, 2011

Eeeeii..geramnya

Aduh...frusttt sangat ni.

Semalam kat rumah nenek buat makan2 sikit, sempena befday kimi 26hb nanti. Bukan masak beria pun, aku masak kuetiaw dengan me goreng je. Neneknya buat kuih sikit. Saje buat cepat sebab nak celebrate dengan sepupu2 kimi yang nak berhijrah ke arab, ikut abahnya keje situ. Abah dia tu adik mizan yang bongsu. Dah 2 tahun keje situ, ni dah mampu nak bawak keluarga sekali kat sana. Best jugak kut dapat merasa duduk negara orang, tapi walau apa pun hujan batu di negeri sendiri..sambung sendiri, kalau pepatah tu hujan emas kat negeri sendiri kan lagi best..

Yang aku frust sangat tu..semalam banyak la ambik gambar, kenangan dengan budak2 tu. Tapinya bila nak tengok pagi ni, satu pun takde. Bila tanya kimi rupa2nya dia cakap dia dah delete semua malam tadi. Geramnya la..

Disebabkan dah takde gambar lain, ambik je la gambar diaorang tengah makan kek tadi. Bangun2 tido je nak makan kek.Senang tak payah mama buat breakfast.
Ni la budak yang pegi delete semua gambar2..rasa nak sekeh2 je
Yang ni ok je dapat makan.
Kita doakan moga Paksu, maksu, husna, huda dan nia selamat sampai ke arab. Kalau abah tak keje hari ni dapat kita hantar diaorang ke klia. Tu je..

1 comment:

Anonymous said...

oooo kimi nk kena ni... (moksu ni.. hikhik..)