Sekarang rasa teruja sangat nak buat roti, buat masa ni la, minggu depan mungkin keterujaan tu dah malap. Bukan la nak kata rasa teruja tu sebab dah pandai sangat buat ke..memang taklah kan, memang tak pernah belajar pun. Saje syok berangan sendiri, lagi pun selalu tengok canel masak2, rasa macam senang je. Rasa je..kalau buat belum tentu pun jadi.
Jumaat lepas, dengan tak sabar2 nak jugak buat. Nak try buat yang senang je. Ikut bahan yang ada kat rumah je, nak ke kedai tak dapat kalau takde driver, kena tunggu baby besar sikit, boleh la letak dalam bakul. Resepinya ambik kat myresepi. Pastu adjas2 je sendiri, macam biasa la bab merepek ni memang la aku suka.
Hasilnya..taraa..

Rangup diluar, lembut didalam..waa..macam best je bunyinya kan..haha. Best la jugak kalau habis dimakan. Especially kimi la, dia memang penggemar roti. Siap bawak bekal 3 ketul pergi kafa.

Sebenarnya dalam resepi tu namanya roti paun, tapi saje letak nama roti cik adik manis sebab cik adik manis sorang ni dah tak sabar tunggu roti masak.

Ok nanti nak belajar buat roti dengan kakak ipar, boleh la nanti tengok hasilnya..mesti gebu gabas punya..
1 comment:
ke tembam la cik adik manis sorang tu...
Post a Comment