Tuesday, July 19, 2011

Mati.

'Orang yang paling bijak dikalangan kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati'.

Bukan setakat ingat je, tapi buat la persiapan sebanyak yang mungkin. Ada orang bila ada masalah barulah ingat mati, bukan ingat macam mana, tapi ingat nak mati cepat sebab tak tahan hadapi masalah, rasa nak makan pil tidur banyak2 kononnya biar tidur je terus untuk selamanya. Kenapa kita kadang2 boleh fikir sesingkat itu? Macam dah takde langsung iman, padahal setiap hari kita sembahyang sebanyak 17 kali kita mintak kat Allah tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus, itu kalau yang sembahyang cukup 5 waktu la. Siapa dalam hidup ni yang takde masalah? Dalam quran pun cakap kan (lebih kurang maksudnya), mintalah pertolongan dari Aku dengan cara sabar dan mengerjakan solat. Insyaallah kalau kita bersungguh dan sabar harapkankan pertolonganNya, Dia akan bukakan jalannya..

Sedikit renungan kita bersama.

Ni pulak sembang budak tentang mati.

Mama bila kimi dah besar nanti kalau abah meninggal kimi nak buat apa?


Kimi kena mandikan pastu kebumikan pastu kena selalu baca quran untuk abah..


Oooo..pastu kimi boleh jumpa abah dalam syurga ke?

Boleh..tapi kimi kena la jadi orang yang baik, baru dapat masuk syurga.

Ooo..

Kalau kimi meninggal nanti mama nangis tak?

Nangis...(masa menulis ni pun mama dah berjurai hingus kimi oii..)

Hani?

Hani pun nangis

Nenek?

Nangis jugak

Wan?

Nangis..semua nangis..

Kenapa? mama sayang kimi ke?

Sayang..semua orang sayang kimi

Nanti masa kat syurga kimi nak jumpa ultraman boleh ke? (dah mula nak merepek )

Bukan setakat ultraman..semua benda ada

Kalau kimi nak jadi macam ultraman tu boleh ke?

Dah la, merepek je, ultraman tu bukannya betul! (mamanya malas dah nak melayan)

Mama, orang dah mati tu nanti dia jadi pocong ke?

......................

Ni gambar sampingan projek sekolah budak suka merepek ni. Recycle barang2 terpakai. Balik2 dari kafa minggu lepas semangat tunjuk kat aku dia dah jumpa botol air ni, nak buat macam teacher buat kat sekolah. Nak sama macam teacher buat, ada corak kat keliling botol tu, siap ajar mama macam mana nak buat(macam mama ni tak pandai kan,layan kan je, kalau tak dibuatkan maunya sedepa muncung).

3 comments:

nice n pretty mama said...

sesungguh nye janji Allah itu benar... saling ingat mengingati tu pahala...

kimiiii... sedih plak moksu baca... uwaaaaaaaaaa...

Anonymous said...

Kimi:mama kat syurga ada helikopter,kpl terbang jet tak?

LINA said...

Pretty mama : Betul tu..kita ni selalu lalai..

Anon : Soalan tu dah pernah ditanyanya..mana boleh kapalterbang dia..