Lepas ke Aquaria terus ke Shah Alam pulak. Sebelum sampai ke S.Alam, singgah kat putrajaya dulu. Budak berdua tu tak lama kete berjalan terus lena..letih sangat, sampai ke putrajaya pun tak sedar lagi, mizan siap sembahyang jumaat pun tak bangun jugak. Kat putrajaya tak turun pun..pusing2 je, malas nak turun, takde apa yang nak dicari.
Pastu ke S. Alam terus. Kalau ke S.Alam memang aku terus buta tak tau jalan, nasib mizan tau jugak. Kat sini stay kat Quality Hotel kat bangunan Peransang, ala betul2 berdepan dengan Plaza Alam Sentral tu. Tapinya nak bolehkan sampai kat hotel tu, bape kali tawaf depan kompleks PKNS, bangunan dah nampak, tapi nak bolehkan sampai tu, tensen betul.
Hotel ni biasa je, hotel dah lama. Tapinya selesa tau duduk kat sini. Dia punya katil memang muat sangat untuk kami berempat tido. Bilik yang kami dapat ni luas sangat.
Bilik ayo biasa je, takde bathtub macam kat Impiana, tak dapat la budak berdua tu berendam.
Ruang menonton tv dia berasingan dari tempat tido, siap ada meja makan. Kalau 2 family pun dok sini ok lagi.
Sedap ngat la budak berdua ni berkejar berambat. Harganya? Jauh lagi murah dari Impiana, 202hinggit semalam sekali breakfast, dah tu breakfast boleh bawak anak2 sekali.
Ok ada sikit lagi ceritanya, nanti akan ditamatkan.
1 comment:
beso nye bilik hotel ni..
Post a Comment