Sebelum tu kalau ada orang yang pandai buat donut baca ni jangan gelak yek..hehe
Dah lama nak cuba buat donut, budak ni pun bising jugak suruh buat donut, terutamanya hani la, peminat donut. Dulu2 rasanya pernah buat sekali tapi keras sikit. Yang ni kunun nak buat yang betul2 la, kebetulan hari jumaat tu moksu datang, ok la ada geng nak buat. Macam biasa la orang tak reti, semua surve cari resepi.
Resepi ni macam pelik sikit, masa bancuh tu tak terfikir pun, bila dah siap bancuh baru rasa pelik. Resepi ni 3 cawan tepung sebungkus mauripan(yis), kami buat ni 6 cawan tepung so 2 bungkus la. Kalau nak diikutkan sebenarnya sebungkus mauripan tu boleh buat untuk +- sekilo tepung, So bila dah terlebih mauripan, tengok la dia punya naik, berganda2.
Dah tu bila nak di bentuk mak aii..lembiksnya...memang tak boleh nak dibuat bentuk donut, aku dah rasa macam nak buang je dah, tapi rugi pulak, so cuba cuba buat donut pintal pulak, tapi takde maknanya, buruk bebeno, bila dah goreng ini la rupanya. Dah rupa macam cakui. Rasanya sedap jugak, dah tu tersangat lembutnya. Aku buat dalam 6 ketul je, pastu simpan dalam peti.
Yang selebihnya tu semalam aku buat je la macam cakui, tapi seksanya nak membentuknya, lembik, hasilnya macam2 rupa bentuk la. Ajak mokde dengan moksu datang breakfast sini pagi semalam, rasa nak termuntah nak ngabih kan, dan memang tak abih pun. Hari ni dah selamat aku curah ke belakang rumah sedekah ke burung2.
Tulah lain kali tanya je la orang biasa buat, resepi kat internet ni kadang2 bukan betul sangat jugak, ataupun orang yang buat tu tak betul..sukatannya. Puas kena gelak dengan nenek dani je, dia pejam mata pun boleh buat. Kalau sebelum buat tu adik aku tu tanya mentua dia mesti jadi kan..kan?kan? takpe lain kali buat lagi..sampai jadi.
2 comments:
adoiii.. tergelak ingat kan cara kite buat docakui ni.. hampeh internet
tu la ada yang mudoh, nak ikut yang payah
Post a Comment