Cerita kimi dengan kasut barunya, takde la baru mana dah, 2 minggu dah pun beli kasut ni. Masa mula2 dapat tu sukanya tak payah nak cakap la, malam tu tidur kalau boleh nak peluk kasut tu. Pagi esoknya kejut nak ke sekolah sekali je, terus tersenyum bangun ke bilik air. Kalau tak pun Masyaallah..liatnya nak bangun..lagi2 kalau hari Isnin. Kadang kena abah dukung ke bilik air. Dah siap siap mandi nak suruh pakai baju tu satu hal..siap boleh tertidur semula nak bolehkan pakai baju sekolah. Muka tu toksah cakap la macam ikan pekasam. Banyak la halnya dia ni nak bolehkan dia ke tadikanya.
Balik tadika pun tak hilang lagi happynya.
Inilah kasut Ben-10 kesayangannya. Ini hari pertama pakai cerah la lagi, sekarang ni dah kelabu pun.
Itu jelah cerita boring kimi.
1 comment:
budok selok.... sebab kimi dah ade kasut ben 10 ni la.. dani ngamuk nk gi tadika nk pakai kasut ben10 buruk dia tu... nak ikut mcm kimi...
Post a Comment