Hari ni tak ke mana-mana pun, keluar dari rumah pun tak, dok berkurung je. Kununnya semalam merancang nak ke rumah moksu buat kek, tapinya transport pulak takde..so macam nak migrain jugak aku kat rumah hari ni. Dari pagi sampai ke tengahari memang takde rehat langsung. Macam ni la kalau kimi tak ke sekolah. Dengan jap2 budak berdua ni kelahi la, dah sorang menangis..pastu dengan sepahkan mainan, kalau suruh mandi memang tak boleh biar lama dalam bilik air, kalau tak sampai dalam bilik banjir, dia main sumpit2 air, main sabun, main ubat gigi, ada je la benda dia nak buat dalam bilik air tu. Memang menyirap je la aku ni. Dah pukul 2 baru la boleh berehat, lagi pun memang aku dah pening kepala, ikut la diaorang nak buat apa, janji aku dapat lelap sekejap.
Ni masa kimi buat homework, hani pun turut sama geli kunun nak buat homework jugak, sibuk suruh ajar. Tapi kunun je la dia tu nak belajar sangat.
Abang buat homework matematik.
Yang dia kunun tengah baca buku bahasa Malaysia.
"Kuda adi kakinya berdarah" , dia punya baca la tu.
Kimi ni bukan takde meja tulis, tapi harem naknya dia guna, masa mula2 beli je elok guna, pastu macam nilah.
Adik dengan aksi ntah apa2.
Itulah suku cerita aktiviti hari ni. Blur nak penutup cerita.
No comments:
Post a Comment