Friday, April 22, 2011

Kebun terakhir

Dah lama tak cerita pasal kebun kesayangan aku kat belakang rumah, kebun la sangat kan. Macam yang aku cerita dulu, semua ni suka2 mengisi masa lapang kat rumah sambil buat aktiviti yang menyihatkan badan.

Kat belakang rumah lepas tanam keledek dulu tu memang dah tak tanam apa lagi dah, sebab tanahnya dah tak subur. Kat area tepi rumah je boleh tanam lagi, tu pun aku rasa ni last la boleh tanam. Pastu kena biarkan dia subur sendiri dengan pokok2 semula jadi (rumput2 la apa lagi).

Ni hasil galian yang terbaru, tak sebanyak yang mula2 tanam. Ni semua aku sedekah kat orang je, jemu dah pulak rasanya. Kat rumah buruk pun banyak keledek.

Ada lagi yang tak bergalinya, tak tau la bila pulak nak menerangkan area sini, tu pun kalau terdaya lagi. Tak pun biar jelah dia mati kering kat situ je, tahun depan kalau panjang umur ada masa akan diusahakan semula.

Harap2 lepas ni jadi kebun blackberrystrawberry pulak..hehe berangan. Bukan berangan nak blackberry ye, kalau nak bagi, bagi la iPad..muahaaaaaaa

2 comments:

nice n pretty mama said...

landskap keledek... hehehe

LINA said...

tu je yg mampu..