Tuesday, February 15, 2011

Belajar buat pulut kuning

Senang je nak buatnya, makmentua dah lama ajar cara nak masak pulut kuning ni, cuma baru2 ni teringin nak cuba.

Mula2 rendam pulut dengan serbuk kunyit semalaman, pastu esoknya kukus. Bila pulut dah nak masak, kalau nak bagi dia masak betul pun boleh jugak , angkat isi dalam besen siram dengan santan yang telah dirasakan secukupnya dengan garam dan sedikit gula, kacau bagi sebati pulut dan santan. Sukatannya sekilo pulut secawan santan pekat. Bila dah sebati masuk semula dalam periuk kukus dan kukus semula lebih kurang dalam dalam 10-15 minit atau sehingga pulut betul2 masak.

Dah siap. Pulut aku buat ni terkurang kunyit kut sebab tu nampak pucat semacam, aku tak berani nak letak banyak takut payau pulak rasa kunyit. Agaknya kalau isi pewarna kuning warnanya akan lebih menarik.

Dimakan dengan kari daging yang terangkat ni, peh...Kari ni pun baru ni la agak menjadi aku masak. Tu pun lepas bape kali menuntut dengan pretty mum ni (prettylah sangat kan). Bab kari2 ni aku memang fail la. Rugi hang tak merasa.

4 comments:

nice n pretty mama said...

mmg pretty pong...hehehe.. pucat leseh pulut...

LINA said...

Yg penting rasanya mabeles..

nice n pretty mama said...

buat la lagi.. hari cuti bleh gi makan skit ..hehehehe

LINA said...

sekali je menjadi..buat kali kedua tak tau le rasa apa