Wednesday, January 19, 2011

Men'train' hani

Aku respek betul la kat bekas pengasuh anak aku dulu, dia cakap anak dia umur setahun setengah dia dah boleh train tak pakai pampers. Sabar betul dia. Ye la aku rasa setahun setengah tu macam kecik je lagi. Hani yang dah nak masuk 3 tahun 29.4 ni pun pakai pampers lagi. Dari sehari ke sehari aku beruja nak train dia. Tapi walau camne pun, nak tak nak memang kena jugak train dia.

Senin baru ni aku berazam(kununnya la) nak start train dia. Pagi2 dah siap semua keje rumah. Tikar depan tv dah digulung siap2. Hani ni bukannya bangun awal, dekat pukul 10 baru bangun. Start 10.30 pas mandi aku cakap hari hari ni hani tak yah pakai pampers ye...dia suka je, ok..jawabnya. Pastu aku pesan lagi kalau hani nak kencing cakap kat mama ye..cakap mama hani nak kencing kat tandas, dengan yakinnya dia jawab ok, baik mama..aku yang dengar tu pun hampir nak yakin jugak. 15 minit lepas tu aku ajak dia ke tandas, tapi beria dia tak nak, kununnya tak nak kencing lagi, ok la aku biarkan jap. Tak sampai 5 minit elok je dia kencing dalam seluar kat ruang tamu, mujur la tak banyak sangat, tapi menitik la ke lantai. So sabar je la, basuh je la lantai. Dah salin seluar tu aku pesan lagi kalau nak kencing bagitau, dia macam tu jugak jawab dengan penuh yakin, ok baik mama, tapi mama ni dah tak yakin pun. Memang betul pun, jap je lepas tu, lantai yang aku basuh tu tak dan kering pun dia dah kencing sekali lagi kat depan tv pulak, banyak punya, sekali ni memang kena la sedas kat buntut. Lagi sekali basuh lantai kat ruang tamu. Tahu jelah air kencing budak besar tu, bukan boleh main basuh lap2 je, kena bagi air yang kita basuh kencing tu mengalir, kalau tak, tak cuci pulak(macam la orang tak tau kan). Memang beria la kena basuhnya. Pastu dalam dah nak dekat pukul 12 dia kencing sekali lagi kat ruang makan, dah sekali lagi kena basuh. Pastu aku rasa dah tak larat dah nak basuh lantai, terus je la pakaikan dia pampers. Lagi pun sebelum 1230 dah nak pegi ambik abangnya kat tadika, baru la aku dapat baring jap dengan aman. So hari isnin start tak pakai pampers dari 1030 sampai pukul 1200 je, dengan rekod 3x kencing. Bila abangnya dah balik memang kalut la sikit, memang tak boleh dah nak concentrate ke dia je.

Hari semalam, selasa, aku teruskan lagi. Kununnya nak train dia hari2 dalam minggu ni, biar pun kejap2. Hari kedua start dari pukul 1000. Hari kedua ada sikit peningkatan. Aku ajak dia kencing kat tandas, ok elok je dia kencing. Mulanya payah jugak nak ajak dia ke tandas, ngamuk2 tak nak, pastu bila aku cakap hani nak pegi sekolah tak?nak pergi kafa tak? kalau nak tak boleh pakai pampers nanti teacher marah, barulah dia nak. Ok lega,aku agak mungkin dia dah boleh terima sikit. Selang 10 minit lepas tu aku ajak lagi dia ke tandas, kali ni pujuk apa pun dia tak nak, aku bagi dia lagi masa 5 minit, dalam masa tu lah dia terkencing kat depan tv. Kena sedas lagi dengan mama, don play2 with me. Tak lama lepas tu pakai je la pampers, lagi pun dah nak pergi ambik abangnya pulak. Hari kedua bermula pukul 1000-1215, dengan rekod sekali je kencing. So kurang sikit naik hangin mamanya. Tu mujur 2 hari tu cuma dia kencing je, kalau dia terberak?haduhh..tak sanggup nak bayang guane.

Hari ni, hari ke3, dah stop pulak training sehari. Bukan apa, hari ni banyak keje kat luar rumah. Hari ni dia pulak sibuk cakap nak kencing kat tandas, tapi aku pulak dah tak larat nak melayan. Lagi satu halnya, hari ni aku teringin nak makan laksam, tu yang lagi tak sempatnya. Sebagai penutup cerita, ni la laksam aku hari ni, sempoi je.

Esok kalau takde apa2 training akan diteruskan lagi.

4 comments:

Qastalani® said...

hehehe. haritu penah nak train QZ. tak sempat apa2, "humpahhh" (tumpah) - tgk air kencing nitik2

Letih mak ni haaa!

abah said...

Kesian mama..jgn keja berat sgt..

LINA said...

nanee:
hehe..nasib tak humpahh haik, memang letih tapi kena saboooo sangat.

LINA said...

abah : kalau kesian tambahkan lagi kerajinan untuk menolong